Utusan Borneo (Sabah)

SMK Badin terima lawatan penanda aras SMK Majakir

-

TUARAN: Seramai 34 ahli rombongan yang terdiri daripada guru dan pelajar SMK Majakir, Papar diketuai oleh Pengetua Cemerlang Haji Abdul Aziz Mohamed Zain melakukan lawatan penanda aras ke SMK Badin pada Jumaat.

Aziz berkata, tujuan lawatan ialah untuk berkongsi pengalaman SMK Badin berkaitan pengurusan Program Sahsiah Unggul Murid atau Sumur, pengurusan Panitia khususnya Panitia Agama Islam dan pengurusan koperasi sekolah.

Menurut beliau, SMK Majakir telah lama mengikuti perkembang­an SMK Badin di mana terdapat persamaan antara SMK Majakir dan SMK Badin.

“Antaranya, keduadua sekolah merupakan sekolah rintis Transforma­si Sekolah 2025 (TS25) yang merupakan sebahagian daripada usaha Kementeria­n Pendidikan Malaysia ke arah meningkatk­an kemenjadia­n murid dan sekolah yang berkualiti tinggi agar selaras dengan keperluan semasa pendidikan negara.

“Melalui program Sumur dan koperasi sekolah, SMK Badin telah mencapai satu tahap yang membanggak­an di peringkat kebangsaan dan SMK Majakir perlu berkongsi pengalaman dengan SMK Badin berkaitan pengurusan unit-unit berkenaan,” katanya.

Taklimat Sumur disampaika­n oleh Ustaz Akram Azizan manakala taklimat pengurusan koperasi pelanconga­n disampaika­n oleh hos Coop Istac Koperasi SMK Badin Berhad.

Rombongan SMK Majakir turutmelaw­atSurauAsS­alihin, Bilik Operasi Coop Istac dan Kedai Koperasi SMK Badin Bhd serta Taman Mini Replika Sabah.

Turut hadir, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid SMK Badin Noryusni Mohd Yusop, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid SMK Majakir Durahman Ramlie dan Penolong Kanan Kokum TG6 SMK Badin Fatimah Hj Jeman.

 ??  ?? ROMBONGAN SMK Majakir merakamkan gambar kenangan semasa lawatan penanda aras ke SMK Badin.
ROMBONGAN SMK Majakir merakamkan gambar kenangan semasa lawatan penanda aras ke SMK Badin.
 ??  ?? AZIZ merakamkan gambar kenangan bersama hos Coop Istac SMK Badin.
AZIZ merakamkan gambar kenangan bersama hos Coop Istac SMK Badin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia