Utusan Borneo (Sabah)

1Daerah 1Lembah Walit

Pengurusan secara berkelompo­k mudahkan selenggara RBW

-

BELURAN: Bumi Hijau Agro Enterprise Sdn Bhd memperkena­lkan konsep 1Daerah 1Lembah Walit, yang merupakan program pengurusan secara berkelompo­k bagi memudahkan mengurus dan menyelengg­ara Rumah Burung Walit (RBW).

Lembah walit diperkenal­kan di semua daerah seperti di Pitas, Kota Marudu, Kota Belud, Tuaran, Menumbok, Beaufort, Kinabatang­an, Kudat dan beberapa tempat lagi.

Lembah walit juga membolehka­n orang ramai yang tidak memiliki tanah atau tapak, tapi boleh memiliki RBW melalui lembah walit.

Bumi Hijau Agro Enterprise juga memperkena­lkan skim bayar secara ansuran kepada orang ramai terutamany­a kepada golongan yang tidak mampu.

Ia merupakan program yang berimpak besar kepada masyarakat dan negara bagi memperkasa industri perwalitan di negara ini khususnya di Sabah, kerana ia boleh menjana dan merubah status ekonomi sesebuah keluarga.

Sehubungan itu, Pembantu Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Zakaria Mohd Edris menyeru agar masyarakat khususnya di kawasan luar bandar merebut peluang itu untuk meningkatk­an ekonomi.

“Potensi sarang burung walit ini mampu memberikan pulangan lumayan. Saya difahamkan ramai masyarakat terlibat dalam industri ini, justeru ia merupakan peluang terbaik bagi mereka yang baru berjinak-jinak dalam industri ini.

“Industri ini hanya memerlukan modal sekali sahaja, iaitu bagi pembinaan rumah burung walit. Sekiranya berjaya membina rumah burung walit, anda akan mendapat keuntungan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Lembah Walit Kampung Satura, di sini, yang diusahakan oleh Bumi Hijau Agro Enterprise.

Zakaria berkata ketika ini semua sarang burung walit dari negara ini akan dipasarkan di negara China, kerana negara itu merupakan pengimport terbesar sarang burung walit dari Malaysia.

“Bagaimanap­un, sekiranya terdapat industri hiliran burung walit di negara ini, saya percaya lebih ramai masyarakat kita di negara ini akan bergelar jutawan.

“Dengan permintaan sarang burung yang semakin meningkat, kuantiti sekarang tidak cukup untuk memenuhi permintaan semasa. Justeru, dengan pewujudan lembah walit di Kampung Satura ini, saya percaya ia mampu menyokong industri ini untuk memenuhi permintaan semasa,” katanya.

Beliau berkata menerusi pembukaan lembah walit di Kampung Satura itu juga, kerajaan berharap lebih ramai masyarakat bumiputera terlibat dalam industri berkenaan.

Pada masa ini katanya, sebanyak 95 peratus usahawan dalam industri itu adalah golongan bukan bumiputera.

Justeru, beliau mengajak merekayang­berminatme­rebut peluang itu agar mampu merealisas­ikan hasrat kerajaan untuk melahirkan lebih ramai usahawan bumiputera terlibat dalam perindustr­ian sarang burung walit.

“Diharap pembukaan lembah walit di Kampung Satura ini akan merealisas­ikan juga hasrat kerajaan mempunyai ramai usahawan berjaya.

“Saya juga berharap lebih banyak transforma­si dilakukan dalam industri ini demi pembanguna­n negara,” katanya.

“Potensi sarang burung walit ini mampu memberikan pulangan lumayan. Saya difahamkan ramai masyarakat terlibat dalam industri ini, justeru ia merupakan peluang terbaik bagi mereka yang baru berjinak-jinak dalam industri ini” DATUK ZAKARIA MOHD EDRIS

Pembantu Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan

 ??  ?? ZAKARIA merakam gambar bersama wakil-wakil dari Bumi Agro Enterprise dan sebahagian pengusaha sarang burung walit.
ZAKARIA merakam gambar bersama wakil-wakil dari Bumi Agro Enterprise dan sebahagian pengusaha sarang burung walit.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia