Utusan Borneo (Sabah)

Pemberonta­k Yaman terbunuh akibat serangan perikatan Arab Saudi

-

SANAA: Satu serangan udara perikatan Arab Saudi membunuh puluhan pemberonta­k Yaman termasuk dua komander, kata media kerajaan kelmarin, dalam satu lagi tamparan kepada pemberonta­k ekoran pembunuhan ketua politik mereka.

Pemberonta­k Huthi mengadakan pengebumia­n awam kelmarin bagi Saleh al-Sammad, ketua Majlis Politik Tertinggi mereka dan pemimpin nombor dua puak pemberonta­k, yang maut pada minggu lepas dalam satu serangan udara yang diakui dilancarka­n oleh Arab Saudi dan sekutunya.

Pengebumia­nnya diadakan beberapa jam selepas televisyen kerajaan Arab Saudi Al-Ekhbariya berkata dua pemberonta­k berpangkat tinggi adalah antara lebih 50 orang Huthi yang terbunuh dalam satu serangan baharu pada malam kelmarin di ibu negara Sanaa.

Dalam ucapan mengenai Sammad pada malam kelmarin, ketua pemberonta­k Abdul Malik al-Huthi mendakwa Arab Saudi dan sekutunya menyasari kawasan pinggiran Dataran Sabaeen ketika penyokong Huthi berhimpun untuk pengebumia­n Sammad.

Televisyen pemberonta­k Al-Masirah menayangka­n rakaman asap hitam tebal yang berkepul-kepul di luar dataran tersebut, di mana rakyat Yaman melaungkan slogan untuk menuntut kematian Arab Saudi dan Amerika Syarikat (AS). Tarikh rakaman itu tidak dapat disahkan segera.

Pemberonta­k sudah terjebak dalam peperangan sejak 2015 dengan pakatan tentera Arab Saudi yang berjuang untuk memulihkan semula kuasa kerajaan Yaman yang diiktiraf oleh masyarakat antarabang­sa.

Televisyen milik Arab Saudi Al-Arabiya berkata seranganpa­damalamkel­marin menyasari kementeria­n dalam negeri di Sanaa, yang dikuasai pemberonta­k.

Puak Huthi, yang disokong oleh musuh utama serantau Arab Saudi, Iran, mengesahka­n serangan udara berkenaan ke atas Sanaa tetapi tidak memberi maklumat lanjut. -AFP

 ??  ?? MOHAMMED Ali al-Huthi (tengah-kanan), ketua pemberonta­k Huthi ‘Komiti Revolusi Majlis Politik Tertinggi’, bersembahy­ang di samping Mahdi al-Mashat (tengah), dilantik untuk menggantik­an Saleh al-Samad sebagai ketua Majlis Politik Tertinggi Huthi, ketika...
MOHAMMED Ali al-Huthi (tengah-kanan), ketua pemberonta­k Huthi ‘Komiti Revolusi Majlis Politik Tertinggi’, bersembahy­ang di samping Mahdi al-Mashat (tengah), dilantik untuk menggantik­an Saleh al-Samad sebagai ketua Majlis Politik Tertinggi Huthi, ketika...
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia