Utusan Borneo (Sabah)

Sasaran Sabah tersasar Hanya mampu tuai 34 pingat, tempat ketiga keseluruha­n MSSM 2018

- Oleh SALMAN ABADI

KOTA KINABALU: Sasaran kontinjen olahraga Majlis Sukan Sekolah Sabah (MSSS) untuk mengekalka­an kejuaraan pada Kejohanan Olahraga Majlis Sukan Sekolah Malaysia (MSSM) Kali Ke-60, 2018 tersasar.

Kejohanan lima hari itu (24 – 27 April) berlangsun­g di Kompleks Sukan Negara Panasonic, Kementeria­n Belia dan Sukan Malaysia (KBSM) di Shah Alam, Selangor.

Pengurus kontinjen MSS Sabah Umin Haji Sadi berkata Sabah meraih 34 pingat dengan memenangi 12 emas, 12 perak dan 10 gangsa untuk menduduki tempat ketiga keseluruha­n.

Johan keseluruha­n olahraga MSSM 2018 diungguli kontinjen Johor Darul Takzim (JDT) yang meraih 17 emas, 11 perak dan 9 gangsa (27 pingat), manakala naib johan ialah negeri jiran Sarawak 46 pingat (14E, 12P, 20G).

Tempat ke-4 ialah Selangor (10E, 16P, 13G), diikuti Perak (8E, 8P, 6G), Kedah (8E, 7P, 2G) dan Pulau Pinang (6E, 5P, 5G).

Pencapaian kontinjen lain ialah Pahang (4E, 5P, 1G), Negeri Sembilan (4E, 2P, 6G), Terengganu (3E, 5P, 5G), Kelantan (2E, 3P, 8G), Kuala Lumpur (2E, 2P, 2G), Melaka (1E, 2P, 2G), Perlis (2P) dan Putrajaya (1G).

Mengulas pencapaian MSS Sabah 2018, Umin Haji Sadi berkata, pencapaian tahun 2018 ini disifatkan sebagai ‘kurang bernasib baik’ apabila hanya menduduki tempat ketiga keseluruha­n.

“Ini disebabkan persaingan hebat daripada kontinjen Johor dan Sarawak yang sememangny­a tidak kurang hebatnya setiap tahun,” katanya.

Katanya, kekuatan dan

MSS Sabah 2018 meraikan kemenangan menduduki tempat ketiga keseluruha­n pada Kejohanan Olahraga MSSM di Shah Alam, Selangor.

kehebatan kontinjen MSS Johor nampak terserlah dengan sumbangan banyak pingat para atletnya yang kebanyakan­nya adalah pelajar dari Sekolah Sukan Bukit Penawar (SSBP) di Johor.

Beliau yang juga Pegawai Pendidikan Daerah (PPD) Kota Kinabalu menjelaska­n, faktor kurangnya perolehan pingat dalam acara padang pada tahun ini turut memberi kesan kepada kontinjen MSS Sabah, sekali gus menyumbang kepada kekalahan itu.

“Ini antara dapatan awal kita semasa MSSM 2018 di Shah Alam yang perlu dibincangk­an dalam mesyuarat post-mortem yang bakal diadakan nanti,” katanya.

Sebagai contoh katanya, ada

beberapa acara padang khasnya acara lompatan yang mana atlet kita menampilka­n potensi awal untuk meraih pingat emas, namun dipintas atlet lain pada lompatan yang terakhir.

Selaku pengurus kontinjen MSS Sabah 2018, beliau merakamkan syabas dan tahniah kepada semua atlet serta jurulatih dan pegawai pasukan, terutama para pegawai dari Unit Sukan Sektor Pembanguna­n Kemanusiaa­n (SPK) Jabatan Pendidikan Negeri Sabah (JPNS) yang sangat menyumbang dan mengutamak­an kebajikan keseluruha­n ahli kontinjen.

“Tidak lupa juga ucapan tahniah dan terima kasih kepada Pengarah JPN Sabah, Datuk Hajah Maimunah haji Suhaibul serta semua pihak yang terlibat dalam pengurusan kontinjen MSS Sabah 2018,” ujarnya.

Menurutnya, satu mesyuarat post-mortem akan diadakan dalam tempoh terdekat untuk meneliti kelemahan atau kekurangan yang ada, selain membincang­kan perancanga­n dan tindakan untuk penambahba­ikan pada MSSM tahun depan yang diadakan di Johor.

Bagaimanap­un, kegagalan mengekalka­n kejuaraan itu sedikit terubat apabila dua atlet Sabah dinobatkan sebagai olahragawa­n (L12) dan olahragawa­ti P15. Mereka ialah Amirul M. Yusuf (L12) yang meraih dua pingat emas dalam acara 80m lari berpagar (11.38s) dan 200m (25.37s) serta Halimatul Sadiah Mohamad Raja (P15) yang memenangi dua emas bagi acara 100m (14.96s) dan 100m lari berpagar (28.53s).

Sempena kejohanan itu, anugerah olahragawa­n terbaik keseluruha­n dinobatkan kepada Muhd Adzeem dari Perak, manakala olahragawa­ti ialah Grace Wong dari Sarawak.

Bagi anugerah peserta terbaik lelaki dan perempuan, Amirul M Yusuf (Sabah) dan Farah Sufiya (Kedah) dipilih menerima anugerah itu bagi kategori bawah 12 tahun (sekolah rendah).

Kategori bawah 15 tahun menyaksika­n atlet Sabah, Halimatul Sadiah dan Siobhain Doyle dari Kuala Lumpur dinobatkan sebagai pemenang bersama (perempuan) dan Muhd Adzeem dari Perak.

Peserta terbaik lelaki dan perempuan kategori bawah 18 tahun dibolot atlet Sarawak iaitu Ngu Ing Biao (L) dan Grace Wong (P).

Kontinjen MSS Sabah 2018 meletakkan sasaran untuk mempertaha­nkan kejuaraan yang dimenangi pada MSSM di Pulau Pinang tahun lalu, sambil meletakkan sasaranunt­uk memenangi 20 pingat emas, namun hasrat dan impian tersebut tertangguh.

Bagaimanap­un, pencapaian tersebut tetap membanggak­an kerana kontinjen Sabah masih berada dalam kelompok tiga terbaik keseluruha­n daripada 15 pasukan negeri yang bertanding, selain faktor kemudahan prasarana sukan di Sabah yang dianggap masih kurang dan agak jauh ketinggala­n berbanding negeri-negeri lain khasnya di Semenanjun­g.

Turut bersama kontinjen MSS Sabah 2018 di Shah Alam ialah Ketua Penolong Pengarah (KPP) SPK JPN Sabah Datu Roslin Datu Siabok, Penolong Pengarah merangkap Ketua Unit Sukan SPK JPN Sabah Zainal Madi, Pegawai Sukan dan Penyelaras Sukan Olahraga JPN Sabah Abdul Rahman Wahab dan para pegawai Unit Sukan SPK JPN Sabah, Kota Kinabalu.

“Pencapaian tahun 2018 ini disifatkan sebagai ‘kurang bernasib baik’ apabila hanya menduduki tempat ketiga ” keseluruha­n.

UMIN HAJI SADI Pengurus Kontinjen MSS Sabah

 ??  ?? KONTINJEN
KONTINJEN
 ??  ?? DATU ROSLIN (tengah) bersama Umin Haji Sadi (kiri) dan Mohd Adli (Ketua Unit UPK PPD Kota Kinabalu).
DATU ROSLIN (tengah) bersama Umin Haji Sadi (kiri) dan Mohd Adli (Ketua Unit UPK PPD Kota Kinabalu).
 ??  ?? HALIMATUL Sadiah, peserta terbaik P15 MSSM 2018.
HALIMATUL Sadiah, peserta terbaik P15 MSSM 2018.
 ??  ?? AMIRUL M. D. Yusuf, peserta terbaik L12 MSSM 2018.
AMIRUL M. D. Yusuf, peserta terbaik L12 MSSM 2018.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia