Utusan Borneo (Sabah)

Marsha, Velvet bergabung hiburkan 500 peminat

-

KEMERIAHAN Konsert Marsha & Velvet Live in Kota Kinabalu dirasakan apabila lebih 500 peminat hadir menyaksika­n persembaha­n mantap dua penyanyi kelahiran Sabah, Marsha Milan dan Velvet Aduk bertempat di Drum Asia Live, Oceanus Waterfront Mall, Kota Kinabalu pada Sabtu.

Peminat dihiburkan dengan 16 lagu daripada lagu-lagu hit dan persembaha­n duet oleh kedua penyanyi itu.

Marsha menyampaik­an lagu-lagu hit beliau seperti Hilang, Bebaskan dan Untuk Terakhir Kali. Beliau juga mengundang penyanyi jemputan untuk berduet dengan penyanyi kelahiran Sabah, Adam Syamil (Social Media Influencer) menerusi lagu Selalu Milikmu (Selalu Milikmu adalah lagu duet Marsha bersama aktor dari Indonesia-Randy Panggalila).

Selain itu, beliau turut menampilka­n Kumpulan Koir Unity Chorale untuk lagu Lay

Me Down, Bebaskan dan Sumandak

Sabah. Marsha pernah menyertai kumpulan koir berkenaan sebe- lum menyertai Akademi Fantasia.

Velvet menyampaik­an lagu-lagu ciptaan beliau sendiri seperti Tolong, Jauh, Bayanganmu dan Ku Perlu serta lagu bahasa Sabah ‘Onuai Oku Timpu’ serta lagu Kini Detiknya yang pernah dinyanyika­n di konsert final Akademi Fantasia 4.

Sebelum melabuhkan tirai konsert, Marsha dan Velvet juga menyampaik­an single terbaharu mereka dalam bahasa Sabah bertajuk ‘Sumandak Sabah’. Lagu duet itu telah dipersemba­hkan secara eksklusif buat kali pertama sebelum diedarkan di semua platform digital dalam masa terdekat ini.

“Kami berasa sangat bertuah dengan sokongan yang diberikan oleh semua yang hadir pada malam ini. Setiap sorakan dan tepukan bagaikan memberi energi kepada setiap persembaha­n kami.

“Setelah sekian lama menyimpan impian, akhirnya tercapai dan ia memberikan memori paling manis buat kami apatah lagi konsert ini diadakan di tempat kelahiran kami di Sabah,” kata Velvet.

“Konsert ini bagaikan satu tanda aras baharu dalam kerjaya nyanyian saya. Ini adalah salah satu usaha keras saya untuk mengukuhka­n dan membuktika­n kemampuan saya sebagai penyanyi. Semoga kegigihan saya bersama pihak pengurusan membuahkan hasil yang berbaloi di masa hadapan,” kata Marsha.

Velvet berkata, mungkin bagi sesetangah pihak menyangka dia agak sepi dari industri muzik tempatan. Mungkin kerana kehidupann­ya lebih banyak tertumpu di Sabah.

“Namun saya masih aktif mencipta lagu selain bekerja sebagai penyampai radio di Kupi Kupi FM. Kesempatan ini bagaikan memberi isyarat untuk saya lebih aktif lagi memeriahka­n industri seni,” ujarnya.

Konsert yang sudah pasti meninggalk­an memori indah buat kedua penyanyi itu anjurkan oleh Drum Asia Studio dengan kerjasama Bornaya Records, Kupi Kupi FM dan Bryan Kouju Studios.

 ??  ??
 ??  ?? MARSHA
MARSHA
 ??  ?? VELVET
VELVET
 ??  ?? VELVET dan Marsha mempersemb­ahkan gandingan duet mantap bagi menghiburk­an peminat di seluruh Sabah.
VELVET dan Marsha mempersemb­ahkan gandingan duet mantap bagi menghiburk­an peminat di seluruh Sabah.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia