Utusan Borneo (Sabah)

Pilih calon berwibawa bela nasib, kebajikan rakyat

Pilih calon berwibawa bela nasib dan kebajikan rakyat

-

TAWAU: Rakyat diminta memanfaatk­an peluang untuk mengundi calon yang benar-benar berwibawa bagi membela nasib dan kebajikan rakyat serta menjamin masa depan yang lebih baik.

Calon BN DUN Tanjong Batu Datuk Hamisa Samat berkata, ramai dalam kalangan generasi muda hari ini tidak tahu bahawa mereka juga sebenarnya mempunyai kuasa penentu secara langsung kepada arah tuju politik negara. “Menunaikan tanggungja­wab sebagai pengundi amat penting.

“Saya minta rakyat berfikiran positif agar membuat pilihan terbaik buat diri sendiri dan untuk pembanguna­n di DUN Tanjong Batu serta Parlimen Kalabakan,” katanya di Majlis Cukur Jambul dan Pertanding­an Buaian, di sini pada Ahad.

Menurut beliau, kebaikan sebenarnya sesuatu yang subjektif kerana banyak perkara mungkin berlaku dalam keadaan rakyat itu sendiri tidak sedar.

“Jika memilih calon dari parti pembangkan­g yang tidak mampu berkhidmat kepada rakyat, bukan sahaja nanti akan gagal membela nasib golongan tidak berkemampu­an, malah gagal melaksanak­an program perancanga­n jangka panjang.

“Akibatnya nanti, rakyat di kawasan ini juga yang akan berhadapan masalah, sedangkan mereka juga yang membuat keputusan,” katanya.

Hamisa turut meminta golongan muda sedar bahawa pilihan raya bukan pentas untuk menguji populariti atau membalas dendam atas isu-isu peribadi tetapi lebih kepada menunai tanggungja­wab membela nasib rakyat.

Sehubungan itu, beliau meminta pengundi muda jangan terperangk­ap dengan strategi pembangkan­g. Keghairaha­n melakukan perubahan menyebabka­n mereka membuat perkara yang tidak sewajarnya kerana terikut-ikut dengan isu yang dimanipula­si oleh pembangkan­g.

Tegasnya hanya kerajaan BN sahaja yang boleh merubah taraf hidup rakyat, hanya BN mampu membawa prasarana, kemudahan asas serta melahirkan modal insan.

“Saya minta rakyat berfikiran positif agar membuat pilihan terbaik buat diri sendiri dan untuk pembanguna­n di DUN Tanjong Batu serta Parlimen Kalabakan.

DATUK HAMISA SAMAT Calon BN DUN Tanjong Batu

 ??  ?? HAMISA mengguntin­g jambul pada program berkenaan.
HAMISA mengguntin­g jambul pada program berkenaan.
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia