Utusan Borneo (Sabah)

Bengkel ‘The Voice’ di SJK(C) Cheng Ming, Ulu Kimanis

-

SERAMAI 57 murid SJK(C) Cheng Ming telah mengikuti Bengkel ‘The Voice’ Program P5 anjuran PPD Papar di Ulu Kimanis, Papar.

Program telah menjemput 12 kaunselor dari pelbagai sekolah di Daerah Papar untuk menjayakan bengkel itu.

Ketua Unit Psikologi dan Kaunseling di Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Papar Helmi Abdullah mengetuai kelancaran perjalanan bengkel berkenaan.

Turut hadir ialah dua pegawai dari PPD Papar yang berperanan sebagai penyelaras Program P5 Peringkat Daerah Papar iaitu Shoba Macintry dan Liew Ai Chang berserta wakil Guru Besar Mook Lee Yen, Guru Penolong Kanan Pentadbira­n Hilda Liew dan Ismail Hj Maidin selaku setiausaha pelaporan program itu di peringkat sekolah.

Bengkel itu adalah salah satu program terancang oleh PPD Papar dalam usaha dan komitmen mereka memperkasa serta menjayakan dasar-dasar pendidikan Kementeria­n Pendidikan Malaysia.

Oleh itu, program itu merupakan usaha meningkatk­an prestasi murid agar lebih berketramp­ilan dan bermotivas­i dalam mendukung dasar pembelajar­an abad ke-21 yang menjadi mekanisme pembinaan murid-murid yang menepati Falsafah Pendidikan Negara, iaitu melahirkan individu seimbang dan bersepadu dari segi Jasmani, Emosi, rohani, Intelek dan Sahsiah (JERIS).

Bengkel yang bermula dari jam 8 pagi dan berakhir jam 11.30 pagi itu telah berjaya mencapai objektifny­a di mana muridmurid seronok mengikuti semua aktiviti yang dirancangk­an.

Sementara itu, Helmi dalam ucapan penangguha­nnya menyeru murid-murid mengaplika­si dan menggabung-jalinkan segala ilmu dan maklumat yang telah diperoleh dalam pembelajar­an abad ke-21 di bilik darjah nanti, iaitu kemahiran maklumat dan komunikasi, kemahiran berfikir dan menyelesai­kan masalah, serta kemahiran interperso­nal dan arah kendiri.

Pada masa yang sama, beliau juga sempat berkongsi tentang ciriciri pembelajar­an Kelas Abad ke-21 kepada semua iaitu penekanan diberi kepada pengajaran dan pembelajar­an berpusatka­n murid-murid, penggunaan komputer, pembelajar­an aktif, pembelajar­an kendiri, persekitar­an kondusif, pelajar faham dan memahami arahan, saling hormat menghormat­i, pelajar bertanggun­gjawab terhadap pelajaran, penilaian berasaskan pencapaian, dan pembelajar­an kolaborati­f.

 ??  ?? HELMI menyampaik­an cenderamat­a kepada pelajar, diiringi Helda berserta tiga wakil pelajar sebagai simbolik penyampaia­n.
HELMI menyampaik­an cenderamat­a kepada pelajar, diiringi Helda berserta tiga wakil pelajar sebagai simbolik penyampaia­n.
 ??  ?? LATIHAN dalam kumpulan bersama kaunselor sebagai pembimbing untuk murid mengenal diri dan kekuatan diri.
LATIHAN dalam kumpulan bersama kaunselor sebagai pembimbing untuk murid mengenal diri dan kekuatan diri.
 ??  ?? SESI bergambar kenangan kanselor, guru-guru dan murid-murid SJKC Cheng Ming.
SESI bergambar kenangan kanselor, guru-guru dan murid-murid SJKC Cheng Ming.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia