Utusan Borneo (Sabah)

Kikis persepsi negatif

Kerja kemahiran bukan kategori kelas kedua

- Oleh YAP SIONG HAN

LEPASAN sekolah yang mempunyai keputusan tidak cemerlang dalam peperiksaa­n sekolah dinasihatk­an agar tidak berasa kecewa kerana latihan kemahiran sedia menanti mereka dengan tawaran pendapatan yang lumayan.

Ketua Pengarah Jabatan Pembanguna­n Kemahiran Nidzam Kamarulzam­an berkata, jangan sesekali mempunyai persepsi bahawa kerja kemahiran adalah kategori pekerjaan kelas kedua.

“Pekerjaan seumpamany­a seperti mekanik, jurukimpal dan sebagainya dipandang tinggi di luar negara dan mereka mampu menjana pendapatan yang sangat tinggi.

“Dalam negara ini juga, kerja kemahiran seperti jurukimpal mampu menjana pendapatan sehingga RM30,000 sebulan,” katanya ketika ditemui selepas merasmikan Pertanding­an Pra Kelayakan WorldSkill­s Malaysia Zon Sabah dan Sarawak 2018 di Kota Kinabalu pada Ahad.

Beliau berkata, walaupun ramai ibu bapa inginkan anak mereka mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaa­n dengan mendapat 15A sehingga 20A, namun pelajar yang gagal mencapai kecemerlan­gan itu jangan kecewa.

Katanya, belia yang tidak mendapat keputusan 10A pun tidak mempunyai masalah kerana latihan kemahiran yang disediakan kerajaan mendapat kerjasama daripada pihak industri.

“Mereka yang berkemahir­an akan mampu memperoleh pendapatan tinggi daripada industri yang diceburi selain mampu menjadikan kemahiran itu sebagai modal menjadi usahawan.

“Selain itu, mereka yang berkemahir­an tetapi tidak mempunyai latihan yang betul, kita juga boleh mengeluark­an sijil pengiktira­fan untuk mereka.

“Masuk ke dalam laman web Jabatan Pembanguna­n Kemahiran untuk mendapatka­n maklumat lanjut, pelbagai latihan disediakan kerajaan dan ada di antaranya percuma,” katanya.

Sementara itu, Ketua Hakim WorldSkill­s Malaysia Salikin Sidek berkata, pertanding­an itu akan membolehka­n para peserta yang layak mewakili negeri ke peringkat kebangsaan, Asia dan seterusnya dunia.

Beliau sebelum ini pernah membawa peserta dari Sarawak dan Semenanjun­g Malaysia ke peringkat dunia di Leipzig, Jerman dan Sao Paulo, Brazil.

“Saya berharap tahun ini saya akan membawa peserta dari Sabah ke peringkat dunia yang mana pertanding­an diadakan di Kazan Rusia.

“Sebelum itu, para peserta yang layak ke peringkat kebangsaan akan bertanding di CIAST Shah Alam, lalu ke Bangkok Thailand untuk peringkat Asia dan seterusnya dunia,” katanya.

Katanya, pada peringkat pra kelayakan, mereka akan menjahit jaket selama empat jam dan pada peringkat akhir nanti, para peserta akan mengikut dua atau tiga modul berlainan yang disediakan serta test projek mengikut standard dunia.

Hadir sama di majlis itu ialah Pengarah Akademi Jahitan Kota Kinabalu (AJKK) Alicia Lenson.

Mereka yang berkemahir­an akan mampu memperoleh pendapatan tinggi daripada industri yang diceburi selain mampu menjadikan kemahiran itu sebagai modal menjadi usahawan. Selain itu, mereka yang berkemahir­an tetapi tidak mempunyai latihan yang betul, kita juga boleh mengeluark­an sijil pengiktira­fan untuk mereka. NIDZAM KAMARULZAM­AN

Ketua Pengarah Jabatan Pembanguna­n Kemahiran

 ??  ?? SALIKIN menunjukka­n fesyen pakaian yang perlu disempurna­kan oleh para peserta.
SALIKIN menunjukka­n fesyen pakaian yang perlu disempurna­kan oleh para peserta.
 ??  ??
 ??  ?? (Gambar atas dan bawah) ANTARA peserta pra kelayakan pertanding­an dalam bidang juru dandan serta teknologi fesyen.
(Gambar atas dan bawah) ANTARA peserta pra kelayakan pertanding­an dalam bidang juru dandan serta teknologi fesyen.
 ??  ?? NIDZAM (dua kiri) melawat Pusat Latihan Kemahiran AJKK, turut kelihatan ialah Alicia (dua kanan).
NIDZAM (dua kiri) melawat Pusat Latihan Kemahiran AJKK, turut kelihatan ialah Alicia (dua kanan).
 ??  ?? NIDZAM (berdiri, lima kiri) dan Alicia (berdiri, tiga kanan) bersama tetamu kehormat lain merakamkan gambar kenangan dengan para peserta.
NIDZAM (berdiri, lima kiri) dan Alicia (berdiri, tiga kanan) bersama tetamu kehormat lain merakamkan gambar kenangan dengan para peserta.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia