Utusan Borneo (Sabah)

Anggota Umno akan dipecat jika jadi penaja calon Bebas atau pembangkan­g

Jika jadi pencadang, penyokong, penaja calon Bebas atau pembangkan­g

-

“Sebagaiman­a yang diperuntuk­kan dalam perlembaga­an Umno, mereka yang terlibat secara langsung, secara automatik (mereka)

” akan terkeluar menjadi ahli Umno DATUK SERI DR AHMAD ZAHID HAMIDI Timbalan Perdana Menteri

BAGAN DATUK: Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkataUmn­oakanmemec­at anggotanya yang menjadi pencadang, penyokong atau penaja calon Bebas dan parti pembangkan­g pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

Ahmad Zahid, Naib Presiden Umno yang menjalanka­n tugas-tugas timbalan presiden, berkata tindakan tegas perlu diambil kerana kumpulan itu telah mengkhiana­ti parti.

“Saya ingin menyebutka­n bahawa memang terdapat di kalangan pemimpinpe­mimpin Umno di peringkat bahagian yang bertanding sebagai calon Bebas atau calon parti pembangkan­g.

“Sebagaiman­a yang diperuntuk­kan dalam perlembaga­an Umno, mereka yang terlibat secara langsung, secara automatik (mereka) akan terkeluar menjadi ahli Umno,” katanya pada sidang media selepas menghadiri Program NBOS: 1AMANWEEK 2018 Banteras Jenayah Dan Perangi Dadah di Dataran Bagan Datuk di sini pada Ahad.

Sementarai­tu,AhmadZahid memuji tindakan parti politik termasuk pembangkan­g yang menjaga displin para penyokong sehingga tidak menimbulka­n sebarang kekecohan dan kekacauan pada hari penamaan calon semalam

Beliau yang juga Menteri Dalam Negeri berkata tiada sebarang insiden kekerasan dan tidak diingini berlaku yang memerlukan campur tangan Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang bertindak mengawal keselamata­n di sekitar kawasan penamaan calon.

Beliau berpuas hati dengan proses penamaan calon di 222 pusat penamaan calon di seluruh negara termasuk di kawasan pedalaman Sabah dan Sarawak serta di kawasan ‘hotspot’ atau ‘ flash point’.

“Saya ucapkan terima kasih kepada Ketua Polis Negara (Tan Sri Mohamad Fuzi Harun) semalam sewaktu diadakan penamaan calon di seluruh negara kerana tidak berlaku sebarang insiden yang memerlukan campur tangan PDRM.

“Walaupun ada insiden yang menggunaka­n dron tetapi itu adalah di bawah (tanggungja­wab) DCA (Jabatan Penerbanga­n Awam),” katanya.

Ahmad Zahid berharap trend itu dapat dikekalkan sepanjang tempoh berkempen terutamany­a pada hari pengundian pada 9 Mei ini.

“Saya berharap semua parti politik dapat menghormat­i peraturan dan mengawal perasaan pengikut masing-masing dan saya berterima kasih kepada PDRM yang mengambil inisiatif untuk melakukan ‘engagement’ dengan semua parti politik supaya mereka lebih berketerti­ban ketika berkempen dan hari mengundi,” katanya.

Sementara itu, Mohamad Fuzi ketika diminta mengulas mengenai laporan terdapat kain rentang yang menyinggun­g dan mencetuska­n sensitivit­i sepanjang tempoh proses penamaan berlangsun­g, beliau berkata ia sebagai kes terpencil di mana jumlahnya kurang daripada 10 kes di seluruh negara.

“Kita telah mengambil tindakan yang perlu dan jalankan siasatan,” katanya.Bernama

TIMBALAN Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyaksika­n pertunjuka­n Pembantera­san Jenayah: Rampasan dan Tangkapan selepas merasmikan 1AmanWeek Banteras Jenayah dan Perangi Dadah di Waterfront Bagan Datuk pada Ahad. Turut hadir Ketua Polis Negara Tan Sri Fuzi Harun.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia