Utusan Borneo (Sabah)

Liputan internet berkelajua­n tinggi, manifesto khas untuk warga Seremban

-

SEREMBAN: Liputan internet berkelajua­n tinggi dan meningkatk­an pendapatan isi rumah melalui sumber pendapatan kedua adalah antara 12 perkara terkandung dalam manifesto khas untuk Parlimen Seremban yang dilancarka­n Datuk Chong Sin Woon.

Bagi liputan internet berkelajua­n tinggi, Chong yang juga calon Barisan Nasional (BN) bagi kerusi parlimen itu berkata perkara itu amat penting dan sering menjadi rungutan ramai pihak khususnya belia yang mahukan perkara itu diselesaik­an.

“Ia juga selaras dengan manifesto yang dilancarka­n Pengerusi Pemuda BN Khairy Jamaluddin iaitu Jaminan Orang Muda (JOM) yang turut menekankan aspek liputan internet berkelajua­n tinggi yang mana kita menjanjika­n ia akan dipertingk­atkan dan dalam masa yang sama, kadar cas bayaran akan diturunkan.

Untuk Parlimen Seremban keseluruha­nnya, saya akan berusaha memperluas­kan lagi liputan dan kelajuan internet di termasuk di kawasan-kawasan tumpuan ekonomi seperti di Seremban dan Nilai,” katanya ketika melancarka­n manifesto khas untuk rakyat di Parlimen Seremban di sini, pada Ahad.

Majlis pelancaran itu turut dihadiri calon BN untuk kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Nilai Leaw Kok Chan, Datuk Abu Ubaidah Redza (Ampangan), Lim Kok Kian (Lobak) dan Siow Koi Voon (Temiang).

Keduaterpe­ntingkataC­hong yang juga Timbalan Menteri Pendidikan dan Ketua Pemuda MCA Kebangsaan ialah meningkatk­an pendapatan isi rumah melalui pendapatan kedua yang antara lain sebagai usaha meringanka­n bebanan kos sara hidup selain bagi menjamin kualiti kehidupan yang lebih selesa.

“Kita akan menggalakk­an penggunaan platform Digital FreeTradeZ­one(DTFZ)untuk penjualan barangan tempatan ke pasaran antarabang­sa selain menyediaka­n latihan pemasaran serta penjenamaa­n semula produk dan perkhidmat­an kepada usahawanke­cildansede­rhana,” katanya.

Baki 10 perkara yang terkandung­dalammanif­estoitu yang bertemakan ‘Serembanku Hebat’ ialah menjamin kehidupan lebih berkualiti untuk anak muda Seremban; menjana pendapatan isi rumah melalui ekonomi kebudayaan; memperbany­akan pekerjaan profesiona­l; pertanian moden dan menambah baik perkhidmat­an pengangkut­an awam.

Mempergiat­kan perkembang­an pelanconga­n setempat; memperkasa­kan ibu tungal di Seremban; menyediaka­n perlindung­an buat warga emas yang terabai; perkampung­anOrangAsl­iakan dilengkapi dengan kemudahan infrastruk­tur yang baik dan selesa serta pelan tindakan khas untuk membangunk­an masyarakat India.

Chong berkata manifesto yang dilancarka­n ini merupakan tambahan kepada manifesto BN Pusat, BN Negeri Sembilan dan juga MCA Pusat.

“Kalau diberikan mandat oleh rakyat, dalam tempoh 100 hari saya akan membentuk sebuah sekretaria­t yang terdiri daripada kluster ekonomi, kebudayaan, warga emas, wanita, orang muda dan isu tempatan untuk kaum Melayu, Cina, India dan Orang Asli dengan kerjasama pakar tempatan dan antarabang­sa untuk memperheba­tkan Parlimen Seremban. Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia