Utusan Borneo (Sabah)

MCA pecat 12 anggota langgar perlembaga­an parti

-

ALOR SETAR: MCA memecat 12 anggotanya selepas didapati melakukan tindakan bercanggah dengan perlembaga­an parti, berkuat kuasa pada Ahad.

Pengerusi Lembaga Tatatertib MCA Tan Sri Chor Chee Heung berkata tujuh daripada mereka telah bertindak menjadi calon Bebas dan calon parti pembangkan­g bagi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) manakala lima lagi menjadi pencadang/ penyokong atau saksi kepada calon-calon itu.

“Kita dapati 12 anggota ini bersalah dan bercanggah dengan Artikel 122 Perlembaga­an parti.

“Perbuatan mereka ini menjejaska­n imej parti dan seolah-olah sabotaj calon Barisan Nasional (BN) di kawasan mereka bertanding,” katanya pada sidang media di sini pada Ahad.

Beliau berkata mereka yang dipecat ialah dua anggota MCA Bahagian Tebrau, Ting Choon Hai dan Lim Yak Hong yang bertanding sebagai calon Bebas di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Puteri Wangsa manakala Tee Boon Tsong dan Ng Yak Howe masing-masing daripada MCA Bahagian Pulai dan Bakri pula menjadi calon DAP di DUN Senai dan Bentayan .

Selain itu, dua anggota MCA Bahagian Batu Gajah, Chin Kwai Heng dan Chin Kwai Leong bertanding sebagai calon Parti Sosialis Malaysia masing-masing di DUN Tronoh dan Menglembu serta seorang anggota MCA Bahagian Bukit Mertajam bertanding sebagai calon PKR di DUN Kulim.

Chor berkata keputusan untuk memecat 12 anggota terbabit dibuat selepas mendapat persetujua­n daripada Majlis Presiden pada Sabtu.

“Lembaga Tatatertib selepas melihat dengan teliti senarai nama ini maka di bawah Artikel 124(1), kami telahpun mengesyork­an 12 anggota ini dipecat daripada parti dengan serta-merta. Lembaga Tatatertib tidak mempunyai hak atau kuasa untuk pecat.

“Kita hanya memberi syor dan kita telah buat syor kepada Majlis Presiden dan mereka bersetuju dengan syor kita untuk memecat 12 anggota ini dan Majlis Presiden mengarahka­n saya untuk mengadakan sidang media di sini,” katanya.

Beliau berkata pihaknya akan menyerahka­n surat pemecatan itu kepada anggota terbabit pada Ahad.

Chor juga berkata tindakan memecat 12 anggota tersebut adalah untuk mengingatk­an semua anggota parti supaya tidak mengambil tindakan terburu-buru selain menggunaka­n saluran yang betul untuk menyuaraka­n ketidakpua­san hati.Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia