Utusan Borneo (Sabah)

Badak Remaja perlu kembali catat kemenangan

- Oleh DESMOND QWEK

KOTA KINABALU: Mohd Yassin Aman (gambar) mahu anak-anak buahnya kembali pada landasan kemenangan berhadapan Perlis dalam saingan liga Kumpulan A, Piala Presiden 2018 di Stadium Likas hari ini.

Pengurus pasukan itu berkata, telah tiba masanya untuk pasukan remaja negeri ini menebus kekalahan pusingan pertama dalam aksi bermula 4.15 petang ini.

“Kita tewas 0-1 di hadapan penyokong lawan semasa aksi pusingan pertama. Saya rasa, ini antara sebab kenapa kita mesti menang untuk menebus maruah kita di hadapan penyokong sendiri,” jelas beliau dihubungi pada Ahad.

“Saya yakin para pemain telah bersiap sedia memikul tugas ini, dan saya gembira kerana diberitahu semua pemain boleh bermain untuk barisan kesebelasa­n utama terbaik esok (hari ini).

“Dan saya menaruh sepenuh kepercayaa­n pada jurulatih Johnny (Dominicus) untuk mengatur barisan pemain dan strategi terbaik,” tambah beliau.

Selepas bermula garang memenangi sembilan dari 10 perlawanan pusingan pertama, Sabah dirundung duka dengan dua kekalahan berturut-turut membuka tirai aksi pusingan kedua.

Pasukan negeri ini tewas 0-1 pada Kedah diikuti kekalahan kedua 2-3 pada Pahang.

Mujurlah kemenangan 1-0 menewaskan pasukan tercorot liga MISC-MIFA menghidupk­an kembali semangat pasukan negeri ini untuk memburu kemenangan kedua berturut-turut.

Selepas mengharung­i 13 perlawanan, Sabah dengan 10 kemenangan dan tiga kali tewas kini berada pada kedudukan kedua liga dengan 30 mata.

Kedah juga dengan 30 mata melalui sembilan kemenangan, tiga kali seri dan kalah sekali mengatasi Sabah menerusi kelebihan jaringan, sambil JDT III mengekori rapat dengan 25 mata selepas mencatat tujuh kemenangan, empat kali seri dan dua kali kalah.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia