Utusan Borneo (Sabah)

Korea Utara janji tutup tapak ujian nuklear

Penutupan diadakan pada Mei, pakar dari Korea Selatan dan AS selain wartawan dijemput hadir

-

SEOUL: Korea Utara berjanji untuk menutup tapak ujian atomnya pada bulan depan dan menjemput pakar senjata Amerika Syarikat (AS) ke negara itu, kata Seoul semalam, manakala Presiden AS Donald Trump menyuaraka­n keyakinan tentang perjanjian nuklear dengan rejim yang suka berahsia itu.

Janji yang dilaporkan oleh Kim Jong Un menyusuli usaha diplomasi selama berminggum­inggu yang menyaksika­n pemimpin Korea Selatan dan Utara bersetuju untuk memansuhka­n senjata nuklear sepenuhnya di semenanjun­g Korea sewaktu sidang kemuncak bersejarah antara Kim dan Presiden Korea Selatan Moon Jae-in pada Jumaat lepas.

“Kim berkata, sewaktu sidang kemuncak bersama Presiden Moon, beliau akan menjalanka­n penutupan tapak ujian nuklear pada Mei dan tidak lama lagi menjemput pakar dari Korea Selatan dan AS selain wartawan untuk mendedahka­n proses itu kepada masyarakat antarabang­sa dengan ketelusan,” kata jurucakap presiden di Seoul, Yoon Young-chan.

“Kim berkata ‘AS rasa jijik mengenai kami, tetapi selepas kita berunding, mereka akan menyedari bahawa saya bukan seseorang yang akan melepaskan senjata nuklear ke Selatan atau AS atau menyasari AS,” menurut Yoon.

“Kalau kita selalu bertemu (dengan AS), membina kepercayaa­n, menamatkan peperangan dan pada akhirnya dijanjikan tiada serangan, kenapakah kami perlu hidup dengan senjata nuklear?”

Kenyataan itu kemungkina­n dilihat sebagai bahan pemanis sebelum sidang kemuncak yang dirancangk­an antara Trump dengan Kim, yang menurut pemimpin AS itu akan berlaku “dalam tempoh tiga atau empat minggu akan datang”.

Trump berjanji untuk memberi ‘bantuan besar kepada dunia’ dengan mencapai perjanjian nuklear bersama rejim pada satu rapat umum ala kempen di Michigan yang disambut dengan sorakan dan laungan ‘Nobel! Nobel!’.

Trump teruja sekali untuk menjulang peranannya dalam usaha mencapai kejayaan dengan Pyongyang menerusi apa yang disebut oleh Rumah Putih sebagai ‘Kempen Tekanan Maksimum’ yang merangkumi retorik keras, sekatan global yang lebih kuat dan usaha diplomatik untuk mengasingk­an lagi rejim kuku besi itu.

“Jika kita menyatakan di mana kita pada hari ini berbanding tiga atau empat bulan lalu, adakah anda ingat apa yang mereka sebut? Dia akan mengheret kita ke dalam perang nuklear,” kata Trump kepada penyokong di Washington Township, ke utara Dakota.

Beliau menambah: “Tidak, kekuatan akan menjauhkan kita daripada perang nuklear, bukan untuk melibatkan kita!”

Namun beliau juga bersuara dengan nada berhati-hati, dengan menyatakan beliau bersedia untuk menarik diri jika tuntutan AS agar Korea Utara melepaskan senjata atom tidak dipenuhi.

Beliau membuat kenyataan itu pada petikan daripada satu temu ramah dengan Setiausaha Negara baharunya Mike Pompeo dikeluarka­n.

Ketua diplomat Washington itu memberitah­u ABC News beliau mengadakan ‘perbualan yang baik’ dengan Kim sewaktu lawatan sulitnya ke Pyongyang pada hujung minggu Paska lepas, dan menambah pemimpin Korea Utara itu ‘bersedia untuk mengemukak­an peta yang akan membantu kita mencapai’ pemansuhan nuklear.

Trump mengadakan perbualan telefon pada awal kelmarin dengan Moon dan Perdana Menteri Jepun Shinzo Abe dan menyatakan ‘keadaan berjalan dengan sangat baik’, manakala CBS News melaporkan Mongolia dan Singapura adalah dua lokasi terakhir yang sedang dipertimba­ngkan bagi pertemuann­ya dengan Kim. — AFP

 ??  ?? KIM (enam kanan) dan Moon (tujuh kanan) turut serta dalam majlis penanaman pokok bersebelah­an dengan Garisan Pembatasan Ketenteraa­n yang membentuk dua sempadan Korea di kampung kedamaian sementara Panmunjom. — Gambar AFP
KIM (enam kanan) dan Moon (tujuh kanan) turut serta dalam majlis penanaman pokok bersebelah­an dengan Garisan Pembatasan Ketenteraa­n yang membentuk dua sempadan Korea di kampung kedamaian sementara Panmunjom. — Gambar AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia