Utusan Borneo (Sabah)

200 pemain sertai Golf Amal RCLB

- -Oleh DESMOND QWEK

KOTA KINABALU: Kirakira 200 pemain telah mengesahka­n penyertaan beraksi di Kejohanan Golf Amal Rotary Club of Likas Bay (RCLB) 2018 di Sutera Harbour Golf and Country Club (SHGCC) pada 1 Mei (esok).

Pengarah Perhubunga­n Awam RCLB Michael Tong pada Ahad memberitah­u, program amal ini meletak sasaran untuk mengumpul dana bernilai RM50,000 untuk melaksanak­an beberapa projek kemasyarak­atan.

“Antara projek amal yang kami (RCLB) jalankan ialah membiayai pembedahan lelangit sumbing, pemasangan peralatan dan penapisan air graviti di pedalaman serta mengadakan Kem Kesihatan termasuk pemeriksaa­n mata,” jelas beliau.

Kejohanan tahunan itu menyediaka­n hadiah Pukulan Selubang (HiO) lumayan bernilai lebih RM230,000 termasuk wang tunai bernilai RM100,000 sumbangan Daikin Malaysia Sales & Service Sdn Bhd yang menanti di lubang par tiga Ke-15 dan Ke-20.

Selain itu, dua buah kereta juga menanti di kejohanan yang akan menggunaka­n format pertanding­an Stableford Sistem 36 itu yang akan dilepaskan serentak secara ‘shotgun’ menerusi dua sesi permulaan iaitu 7.00 pagi dan 12.00 tengahari.

Dua buah kereta untuk HiO yang dimaksudka­n itu ialah sebuah Isuzu D-Max Double Cab bernilai RM82,300 tajaan Fook Loi Automax Sdn Bhd yang menanti di lubang Ke17 dan sebuah Proton Persona bernilai RM54,073 tajaan Proton Edar Sdn Bhd yang menanti di lubang Ke-22.

Empat kategori hadiah ditawarkan iaitu Kategori A untuk pemain memegang hadikap 15 dan ke bawah, Kategori B (handikap 1624), Kategori C untuk Pemain Senior (55 tahun keatas) dan Kategori C untuk pemain-pemain Wanita.

Selain itu, pihak penganjur turut menawarkan banyak hadiah lain termasuk hadiah pasti menang berupa sebuah televisyen yang menanti di lubang Ke-15 dan Ke20, hadiah-hadiah Novelti, cabutan bertuah termasuk satu unit pendingin hawa Daikin sebagai hadiah utama.

Sehubungan dengan itu, mereka yang berminat boleh mendapatka­n borang penyertaan di kaunter pendaftara­n Sutera Harbour Golf and Country Club (SHGCC), atau menghubung­i 088-318888, 016-8320565 (Leslie Yew), 013-8600001 (KP Lu) atau 019-8200707 (Darren Jee).

 ??  ?? JAWATANKUA­SA Penganjur dan pegawai Proton Edar Sdn Bhd bersama Proton Persona yang ditawarkan di Kejohanan Golf Amal RCLB 2018 semasa pertemuan di ibu negeri pada Sabtu.
JAWATANKUA­SA Penganjur dan pegawai Proton Edar Sdn Bhd bersama Proton Persona yang ditawarkan di Kejohanan Golf Amal RCLB 2018 semasa pertemuan di ibu negeri pada Sabtu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia