Utusan Borneo (Sabah)

Polis harus profesiona­l terhadap individu sabotaj bahan kempen

Terhadap individu sabotaj bahan kempen

- -Gambar Bernama

BAGAN DATUK: Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengingatk­an Polis Diraja Malaysia (PDRM) supaya tidak memihak kepada manamana pihak dan bertindak secara profesiona­l terhadap individu yang merosakkan atau mensabotaj bahan kempen lawan.

Beliau berkata insiden sabotaj yang terjadi di beberapa negeri termasuk di Sarawak pada musim Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) ini mencermink­an budaya politik samseng pihak tertentu.

“Ini negara demokrasi, Malaysia tidak perlu politik gengster... kita mahu politik matang dilaksanak­an kita mahu negara kita aman dan tenteram.

“Jadi saya mahu polis tidak berkomprom­i dengan sesiapa yang buat kesalahan hatta sesiapa sekalipun,” katanya pada sidang media pada ceramah Barisan Nasional (BN) Bersama Calon Parlimen Bagan Datuk dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Hutan Melintang di sini, pada Selasa.

Turut hadir calon BN bagi DUN Hutan Melintang, Datuk Khairuddin Tamizi serta dihadiri kira-kira 500 orang ke ceramah berkenaan di Dewan JKKK Hutan Melintang, dekat sini.

Sabtu lepas, seorang individu memecahkan cermin van yang digunakan oleh jentera kempen calon BN Parlimen Bandar Kuching, Kho Teck Wan di Tabuan Jaya di sini dan di Muar, Johor, pada Isnin, kain rentang yang memaparkan wajah calon BN Parlimen Bakri, Koh Chon Chai dirosakkan oleh pihak tidak bertanggun­gjawab di sekitar Bukit Bakri.

Ahmad Zahid, yang juga Menteri Dalam Negeri, berkata, polis perlu terus memantau perkara berkenaan agar insiden tersebut tidak berulang, sekali gus mencermink­an perjalanan imej politik negara ini bersih.

“Kita memohon semua pemimpin parti politik termasuk jentera parti masingmasi­ng jangan melakukan tindakan yang melampau demi menjaga imej negara,” katanya.

Dalam pada itu, Ahmad Zahid turut mengingatk­an Brigade Gempur BN perlu menjaga adab dan tatasusila ketika berkempen dengan tidak menimbulka­n insiden sehingga boleh menjejaska­n ketenteram­an dan keharmonia­n dalam kalangan masyarakat.

“Kita menolak budaya politik samseng dan memberitah­u jentera parti yang mereka harus menjalanka­n tugas untuk kempen pilihan raya,” katanya.

 ??  ?? AHMAD ZAHID sempat bertanya khabar pada Mahson Jamaluddin, 65, (tiga, kiri) dan keluargany­a ketika melawat ke rumah penerima Touch Point Baik Pulih Rumah NBOSCTU Kementeria­n Komunikasi dan Multimedia Parlimen Bagan Datuk di Kampung Sungai Ular, pada...
AHMAD ZAHID sempat bertanya khabar pada Mahson Jamaluddin, 65, (tiga, kiri) dan keluargany­a ketika melawat ke rumah penerima Touch Point Baik Pulih Rumah NBOSCTU Kementeria­n Komunikasi dan Multimedia Parlimen Bagan Datuk di Kampung Sungai Ular, pada...
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia