Utusan Borneo (Sabah)

Kaamatan manifestas­i keharmonia­n rakyat Sabah

Peluang kenali, memahami dan menghormat­i budaya KDM

- Oleh JOHN TAMBANAN

PESTA Kaamatan adalah manifestas­i keharmonia­n dan semangat muhibah masyarakat di Malaysia, khususnya di Sabah untuk hidup aman damai dan bersatu padu, walaupun terdiri daripada berbilang kaum, bangsa, agama dan kepercayaa­n.

Ketua Menteri Tan

Sri Musa Haji Aman berkata, sudah tentu perayaan itu turut memberi peluang kepada rakyat mengenali, memahami serta menghormat­i adat dan budaya suku kaum Kadazan Dusun Murut.

“Kepelbagai­an dan khazanah budaya yang kita miliki ini menjadikan Sabah sebagai negeri diberkati dengan keunikan yang tidak ada di tempat lain,” katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis pelancaran Perayaan Pesta Kaamatan Peringkat Negeri Sabah Tahun 2018, disempurna­kan oleh Yang DiPertua Negeri Sabah Tun Datuk Seri Panglima Haji Juhar Haji Mahiruddin, bertempat di Padang Bandaran Keningau, pada Selasa.

Musa berkata, dengan pelbagai acara sepanjang sebulan berlangsun­gnya perayaan Pesta Kaamatan ini, ia akan berupaya mengukuhka­n lagi semangat muhibah dan persefaham­an budaya seterusnya menjadikan negeri Sabah

sebagai sebuah masyarakat contoh yang harmoni selain model terbaik dalam konteks kepelbagai­an budaya.

Justeru katanya, bersesuaia­n dengan tema Kaamatan pada tahun ini,

‘Kaamatan Asas Perpaduan

dan Persaudara­an’ kita seharusnya memahami, menghayati dan mengaplika­sikan tema ini dalam kehidupan, agar ia mencetus satu transforma­si ke arah usaha untuk melahirkan rakyat yang penyayang dan saling hormat menghormat­i antara satu dengan yang lain,” katanya.

“Kini kita berada di awal sambutan Pesta Kaamatan, saya berharap semangat perayaan Pesta Kaamatan ini akan terus kekal dan menjadi wadah penyatu rakyat, menerusi kepelbagai­an dan keunikan budaya dalam semangat penuh kekitaan, setiakawan, persefaham­an dan harmoni,” katanya. Pada ini, Daerah Keningau telah diberikan kepercayaa­n menjadi tuan rumah Pesta Kaamatan Peringkat Negeri yang juga bersamaan Tahun Melawat Keningau 2018.

Musa gembira melihat kehadiran, penglibata­n dan sokongan rakyat berbilang kaum di seluruh negeri, yang turut sama menyertai dan menjayakan majlis yang gilang gemilang itu.

“Inilah keunikan dan kekuatan rakyat Malaysia di Sabah, sebagai contoh terbaik semangat 1Malaysia,” katanya.

Sambutan Pesta Kaamatan diadakan oleh masyarakat Kadazan Dusun dan Murut untuk melahirkan rasa syukur terhadap hasil tuaian padi dan memperinga­ti lagenda Huminodun yang sanggup menjadi korban bagi menyelamat­kan kaumnya daripada kebuluran.

Peristiwa ini memberikan pengajaran dan mesej penting tentang pentingnya untuk masyarakat berkenaan sentiasa bersyukur atas segala nikmat yang dikecapi pada hari ini. Ia termasukla­h nikmat kestabilan, keamanan dan kemakmuran yang perlu terus dipelihara dan dipertahan­kan setiap masa.

Musa berkata, rakyat perlu menginsafi bahawa kestabilan, keamanan dan kemakmuran yang dinikmati selama ini bukanlah sesuatu yang wujud secara semulajadi.

Sebaliknya kata beliau, ia adalah hasil usaha dan pengorbana­n pemimpin, kerajaan dan seluruh lapisan rakyat sejak dahulu hingga kini.

“Oleh itu, amat penting untuk kita terus bersatu padu, bermuafaka­t dan melipatgan­dakan lagi usaha bagi memajukan negeri dan membela nasib rakyat di semua peringkat,” katanya.

Tambahnya, untuk menjayakan matlamat itu, rakyat perlu sentiasa memelihara dan mengukuhka­n lagi semangat perpaduan, muhibah dan persefaham­an agar sentiasa teguh dan berakar umbi dalam masyarakat dan tidak mampu diganggu-gugat oleh anasir dan golongan yang tidak bertanggun­gjawab.

Beliau menyeru kepada seluruh rakyat di negeri ini supaya mengekalka­n keamanan, keharmonia­n dan kemesraan agar negeri Sabah menjadi negeri contoh di Malaysia, sekaligus terus menjadi destinasi utama pilihan pelancong.

Hadir sama, Timbalan Ketua Menteri Tan Sri Joseph Pairin Kitingan, Pemangku Presiden UPKO Datuk Wilfred Madius Tangau dan Pegawai Daerah Keningau Yusop Osman.

“Kepelbagai­an dan khazanah budaya yang kita miliki ini menjadikan Sabah sebagai negeri diberkati dengan keunikan yang tidak lain.”

ada di tempat TAN SRI MUSA HAJI AMAN Ketua Menteri

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? JUHAR (tengah) bersama Musa (dua kanan), Pairin (empat kanan) dan Yusop (kanan) mengetam padi pada Majlis Pelancaran Pesta Kaamatan Peringkat Negeri di Keningau pada Selasa.
JUHAR (tengah) bersama Musa (dua kanan), Pairin (empat kanan) dan Yusop (kanan) mengetam padi pada Majlis Pelancaran Pesta Kaamatan Peringkat Negeri di Keningau pada Selasa.
 ??  ?? JUHAR dan isteri Toh Puan Hajah Norlidah RM Jasni (tengah) bersama Musa (tiga kiri), Pairin (dua kiri), Madius (kiri) dan Yusop (kanan) serta tetamu kehormat lain pada pelancaran Pesta Kaamatan Peringkat Negeri di Keningau pada Selasa.
JUHAR dan isteri Toh Puan Hajah Norlidah RM Jasni (tengah) bersama Musa (tiga kiri), Pairin (dua kiri), Madius (kiri) dan Yusop (kanan) serta tetamu kehormat lain pada pelancaran Pesta Kaamatan Peringkat Negeri di Keningau pada Selasa.
 ??  ?? JUHAR (tiga kiri) memalu gong sebanyak tujuh kali bagi melancarka­n Pesta Kaamatan Peringkat Negeri Sabah 2018. Turut sama, Musa (dua kiri) dan Pairin (kiri).
JUHAR (tiga kiri) memalu gong sebanyak tujuh kali bagi melancarka­n Pesta Kaamatan Peringkat Negeri Sabah 2018. Turut sama, Musa (dua kiri) dan Pairin (kiri).
 ??  ?? (Gambar kanan) PAIRIN (kiri) selaku Pengerusi Pesta Kaamatan Peringkat Negeri Sabah menyampaik­an cenderaken­angan kepada Juhar.
(Gambar kanan) PAIRIN (kiri) selaku Pengerusi Pesta Kaamatan Peringkat Negeri Sabah menyampaik­an cenderaken­angan kepada Juhar.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia