Utusan Borneo (Sabah)

PERGELUTAN BERDARAH

Satu maut, dua cedera ditetak suspek yang juga rakan sekerja

- Oleh YUSOP TEPPO

KINABATANG­AN: Seorang lelaki maut manakala dua lagi rakan sekerja termasuk seorang wanita cedera akibat ditetak ketika pergelutan dengan suspekdipe­rumahanpek­erja sebuah ladang di Bukit Mas (Litang Utara), di sini pada pagi Ahad.

Ketua Polis Daerah Kinabatang­an Superinten­dan A Sahak Rahmat (gambar) berkata suspek lelaki berumur 35 tahun yang disyaki mengalami gangguan mental berjaya ditangkap di tempat kejadian pada hari sama.

Beliau berkata ketika kejadian jam 10.30 malam, mangsa pertama, lelaki berumur 47 tahun dipercayai meninggal dunia di tempat kejadian akibat beberapa tetakan di bahagian badan, iaitu di kepala, pipi kiri, dahi dan belakang.

Mangsa kedua, seorang wanita berumur 27 tahun, cedera dengan satu kesan tetakan di bahagian kepala, manakala mangsa ketiga, lelaki berumur 33 tahun cedera dengan kesan lebam di bahagian kening sebelah kiri.

Sahak berkata pihaknya menerima panggilan telefon daripada orang awam kira-kira jam 12.35 tengah malam pada 30 April memaklumka­n mengenai kejadian berkenaan.

“Pasukan polis pergi ke tempat kejadian dan mendapati terdapat kesan darah di bahagian pintu hadapan dan bahagian ruang tamu rumah.

“Pemeriksaa­n di dalam rumah menjumpai sebilah parang berukuran lebih kurang 15 inci dan dua gumpalan disyaki rambut,” katanya.

Beliau berkata pemeriksaa­n bilik kedua didapati berselerak dipercayai berlaku pergelutan antara mangsa dan suspek.

Katanya siasatan lanjut di hadapan rumah juga menjumpai sebilah parang yang diletakkan di belakang rak kasut.

Jelasnya, suspek dan semua mangsa tinggal serumah. Mereka tidak mempunyai hubungan keluarga dan hanya rakan sekerja.

“Ketika kejadian, keempat-empat mereka sedang berada di dalam rumah dan si mati sedang tidur di ruang tamu berseorang­an, manakala mangsa kedua dan ketiga tidur dalam bilik kedua. Suspek pada ketika itu berada dalam bilik pertama.

“Kira-kira jam 11.30 malam, mangsa kedua dan ketiga mendengar pintu diketuk orang. Mangsa kedua membuka pintu bilik mereka. Semasa membuka pintu bilik, suspek masuk ke ruangan bilik dan terus menyerang dengan menetak mangsa kedua menggunaka­n parang,” katanya.

Beliau berkata ketika serangan itu, mangsa ketiga cuba menarik tangan kiri mangsa kedua dan tetakan suspek terkena pada bahagian belakang kepala mangsa kedua.

Seterusnya, suspek menyerang kali kedua dan sempat ditepis oleh mangsa ketiga. Pada ketika itu, mangsa ketiga mengarahka­n mangsa kedua melarikan diri dan meminta bantuan jiran.

Semasa mangsa ketiga bergelut dengan suspek, kepala mangsa ketiga dihantuk ke dinding rumah oleh suspek

Semasa pergelutan itu juga mangsa ketiga berlari keluar dan sempat menutup pintu, menyebabka­n suspek terkurung dalam bilik.

Ketika pergelutan itu juga, mangsa ketiga sempat melihat mangsa pertama terbaring di ruang tamu rumah dengan berlumuran darah (dipercayai mati di tempat kejadian).

Dalam masa sama, jiran mangsa dan pegawai keselamata­n telah datang ke rumah terbabit dan cuba menenangka­n suspek, seterusnya menangkap suspek.

Sahak berkata ketiga-tiga mangsa termasuk mangsa pertama dibawa ke Klinik Sg Segama, Ladang Bukit Mas untuk rawatan. Mangsa pertama akan dibedah siasat untuk mengetahui punca kematian.

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia