Utusan Borneo (Sabah)

3,925 pesawah KB terima bantuan khas

-

KOTABELUD: Seramai 3,925 pesawah di kawasan Parlimen Kota Belud menerima bantuan RM200 sebulan sebagai bantuan meringanka­n beban dalam tempoh menunggu hasil tuaian pada Selasa.

Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak berkata pemberian bantuan itu adalah pendekatan baharu kerajaan pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk membantu rakyat di negara ini.

“Dahulu, bantuan hanya diberikan kepada masyarakat nelayan namun, apabila kita bawa dan bincang perkara ini di peringkat jemaah menteri kerana Sabah dan Sarawak banyak sawah, maka perdana menteri bersetuju untuk mewujudkan bantuan langsung berkenaan.

“Bantuan langsung seperti ini sudah tentu memberi manfaat kepada rakyat dan ia dapat meringanka­n beban rakyat,” katanya ketika berucap pada majlis penyerahan Bantuan Khas Pesawah di sini, Selasa.

Pemberian bantuan RM200 sebulan itu diumumkan dalam pembentang­an Bajet 2018 bagi meringanka­n beban pesawah dalam tempoh menunggu hasil tuaian.

Salleh berkata rakyat perlu bersyukur dan menyokong padu segala usaha yang dilaksanak­an oleh kerajaan untuk membantu rakyat.

“Kerajaan yang diterajui Barisan Nasional (BN) berbuat demikian (memberi bantuan kepada rakyat) kerana kewangan negara telah diurus dengan baik sekali. Setelah mengambil alih pucuk pimpinan negara, perdana menteri membuat beberapa pendekatan baharu di mana selain memberi subsidi, beliau juga memberi bantuan langsung kepada rakyat,” katanya.

Selain bantuan pesawah, kerajaanju­gamemperke­nalkan banyak bantuan langsung kepada rakyat seperti Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M).

Sehubungan itu, Salleh yang juga Bendahari UMNO dan calon BN bagi kerusi Parlimen Kota Belud meminta rakyat menghargai segala usaha yang dilaksanak­an oleh kerajaan.

“Sebagai rakyat, kita mempunyai hak dan tanggungja­wab untuk keluar mengundi pada 9 Mei ini. Rakyatlah yang bertanggun­gjawab untuk menentukan kestabilan dan kehormania­n negara. Jadi, undilah BN yang selama ini banyak membantu rakyat,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia