Utusan Borneo (Sabah)

Guru, pembonceng motosikal maut dilanggar pacuan empat roda

- Oleh VIVI OLVIANA NAJURUS

TAMBUNAN: Dua individu menaiki motosikal maut selepas terbabit kemalangan di Kampung Nambayan, Jalan Keningau-Tambunan pada malam Isnin.

Mangsa Remy Imus, 30, yang juga seorang guru dan pembonceng­nya Bede Lazarous, 30, beralamat Kampung Kitou di sini disahkan maut serta merta di lokasi kejadian.

Ketua Polis Daerah Keningau Deputi Superinten­dan Ahmad Jawila berkata kejadian jam 7.30 malam Isnin membabitka­n motosikal dinaiki mangsa dan kereta pacuan empat roda.

“Siasatan mendapati kedua-dua mangsa dalam perjalanan dari arah Keningau menuju ke Tambunan dengan diikuti sebuah kereta pacuan empat roda yang dipandu lelaki berumur 47 tahun melalui jalan sama.

“Kedua-dua mangsa kemudianny­a dilanggar dari arah belakang oleh kereta pacuan empat roda terbabit menyebabka­n mangsa tercampak dari motosikal ke dalam parit di sebelah kiri jalan,” katanya.

Beliau berkata kedua-dua mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian manakala pemandu kereta pacuan empat roda tidak mengalami sebarang kecederaan.

Tambahnya, mayat mangsa kemudianny­a dihantar ke Hospital Tambunan untuk tindakan selanjutny­a.

Siasatan lanjut mendapati kemalangan disebabkan kecuaian pemandu kereta pacuan empat roda kerana gagal mengawal kenderaan sehingga melanggar mangsa dari arah belakang.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkut­an Jalan (APJ) 1987.

 ??  ?? ANGGOTA bomba mengangkat mayat mangsa yang tercampak di tepi jalan selepas kemalangan.
ANGGOTA bomba mengangkat mayat mangsa yang tercampak di tepi jalan selepas kemalangan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia