Utusan Borneo (Sabah)

Calon muda muka baharu BN ada kekuatan menang PRU14

Punya kekuatan menang PRU14, kata Salleh

-

PENAMPANG: Calon pemuda muka baharu Barisan Nasional (BN) ada kekuatan dan aura tersendiri untuk menang kerusi kawasan diwakili sekali gus memberi kemenangan besar kepada parti pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) ini, kata Bendahari UMNO Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak.

Salleh berkata semua calon pemuda BN dipilih parti untuk bertanding pada pilihan raya kali ini berkelulus­an tinggi selain memiliki idea serta semangat memenuhi aspirasi Transforma­si Nasional 2050 (TN50) yang pastinya mampu menarik pengundi muda untuk bersama mereka merealisas­ikan wawasan itu.

Mengambil contoh calon muda BN kerusi Parlimen Penampang, Salleh berkata, Ceasar Mandela Malakun yang bergiat aktif dalam Upko, satu daripada parti komponen BN, mempunyai pakej sesuai menjadi wakil rakyat kerana anak muda itu ada visi dan perancanga­n membawa lebih banyak pembanguna­n di situ.

“Semua ini hanya boleh dilakukan jika kita (rakyat Penampang) memberi peluang kepada beliau untuk menjadi wakil rakyat (Parlimen Penampang) kerana parti yang beliau dokong iaitu BN ada kemampuan memberi kerjasama bagi melaksanak­an apa yang telah dijanjikan.

“Saya yakin Mandela ada kekuatan sendiri dan didokong parti yang kuat bersama para pemimpin berpengala­man seperti Datuk Donald Peter Mojuntin (calon BN Dewan Undangan Negeri (DUN) Moyog) serta Datuk John Ambrose (Ketua UMNO Bahagian Penampang),” katanya kepada pemberita selepas menghadiri program bersama rakyat, di sini malam Isnin.

Salleh yang juga Menteri Komunikasi dan Multimedia berkata, pendekatan BN mengetenga­hkan bakatbakat pemimpin muda sebagai calon pada PRU14 ini adalah bukti BN berani berganjak kepada satu perubahan bagi memastikan parti terus relevan dan terkini demi kepentinga­n masa depan rakyat.

“Dengan adanya calon muda lain seperti Hafez Yamani Musa (calon BN Parlimen Sipitang); Jamawi Jaafar (calon BN DUN Kemabong); dan Arthur Kurup (calon BN Parlimen Pensiangan), ini menentukan kita tidak akan ketandusan pemimpin kerana melahirkan pemimpin berwibawa untuk masa depan,” katanya.

Dalam perkembang­an berkaitan, Salleh berkata, rakyat perlu memberi mandat dan kemenangan mutlak kepada BN pada pilihan raya kali ini bagi meneruskan kesinambun­gan agenda pembanguna­n selain parti itu mempunyai keupayaan memperheba­t lagi prasarana dan membela nasib rakyat.

 ??  ?? SALLEH (kanan) memperkata­kan sesuatu kepada calon Barisan Nasional (BN) Parlimen Penampang Ceasar Mandela Malakun (kiri) dan calon BN DUN Moyog Datuk Donald Peter Mojuntin ketika menghadiri majlis pemimpin bersama rakyat di Dewan Sigah Kampung Tuavon...
SALLEH (kanan) memperkata­kan sesuatu kepada calon Barisan Nasional (BN) Parlimen Penampang Ceasar Mandela Malakun (kiri) dan calon BN DUN Moyog Datuk Donald Peter Mojuntin ketika menghadiri majlis pemimpin bersama rakyat di Dewan Sigah Kampung Tuavon...
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia