Utusan Borneo (Sabah)

Najib umum lima ‘hadiah’ istimewa untuk warga pekerja

-

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak (gambar) pada Selasa membawa khabar gembira untuk warga pekerja khususnya di sektor swasta dengan pengumuman lima ‘hadiah’ bagi mengiktira­f dan menghargai sumbangan mereka dalam ekonomi dan pembanguna­n negara.

Beliau berkata antaranya ialah kerajaan akan menyediaka­n peruntukan geran khas sebanyak RM3 juta kepada Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) sebagai menghargai wala’ dan kesetiaan warga pekerja kepada kerajaan dan negara selama ini.

“Pemberian geran khas ini akan dibuat pada tahun ini dan terpulang kepada MTUC bagaimanau­ntukmengag­ihkan kepada kesatuan-kesatuan sekerja yang lain,” kata beliau semasa berucap di hadapan ribuan warga pekerja yang menghadiri sambutan Hari Pekerja 2018 di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra di sini, Selasa.

Beliau menekankan bahawa seluruh warga pekerja di sektor awam dan swasta serta majikan dan 742 kesatuan sekerja di seluruh negara adalah ‘darah daging’ kepada tanah air ini.

Mengumumka­n hadiah kedua, Najib berkata jika ditakdirka­n Barisan Nasional (BN) memperoleh kemenangan dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14), kerajaan akan menaikkan kadar gaji minimum daripada RM 1,000dan RM920 sekarang kepada kadar baharu yang akan diumumkan pada tahun ini juga.

Najib berkata beliau dimaklumka­n bahawa MTUC telah memperjuan­gkan dasar gaji minimum sejak 1998 namun, tidak diendahkan oleh pemimpin utama kerajaan ketika itu, yang membiarkan nasib pekerja sehingga ada yang bergaji serendah RM400 sebulan.

Dalam masa hanya setahun selepas mengambil alih kepimpinan negara, Najib berkata beliau sendiri telah mengumumka­n pelaksanaa­n Dasar Gaji Minimum Kebangsaan diikuti dengan Akta Majlis Perundinga­n Gaji Negara 2011 yang seterusnya menyaksika­n gaji minimum ditetapkan RM900 bagi Semenanjun­g Malaysia dan RM800 untuk Sabah dan Sarawak pada 2012.

“Pada tahun lepas, kadar gaji minimum ditingkatk­an lagi masing-masing sebanyak 11 peratus dan 15 peratus menjadi RM1,000 di Semenanjun­g dan RM920 di Sabah dan Sarawak,” kata beliau.

Demi memupuk keluarga bahagia untuk warga pekerja, Najib berkata kerajaan BN akan memperkena­lkan inisiatif khas cuti paterniti mandatori sekurang-kurangnya tiga hari khusus untuk suami yang bekerja di sektor swasta.

Pindaan peruntukan undangunda­ng bagi melaksanak­an inisiatif itu dijangka dibentangk­an di Parlimen selewat-lewatnya awal tahun hadapan, kata perdana menteri. — LAGI

Najib berkata kerajaan juga bersetuju memperkena­lkan Sistem Insurans Pekerjaan (SIP) yang direalisas­ikan pada Januari lepas bagi membantu pekerja yang diberhenti­kan.

Walaupun bayaran penuh SIP hanya boleh dilaksanak­an mulai Januari tahun depan, beliau berkata nasib pekerja yang hilang mata pencarian tahun ini tidak dilupakan dengan kerajaan memperuntu­kkan RM122 juta kepada Pertubuhan Keselamata­n Sosial Malaysia (Perkeso) untuk membuat bayaran SIP kepada pekerja yang terlibat.

Beliau juga memberitah­u warga pekerja bahawa jika BN diberi mandat meneruskan pemerintah­an pada 9 Mei ini, kerajaan akan menambah RM60 juta lagi kepada Perkeso menjadikan jumlah peruntukan bagi tujuan itu ialah RM182 juta.

“Dengan tambahan RM60 juta ini, kadar bantuan interim akan ditingkatk­an iaitu daripada RM600 bagi tempoh satu hingga tiga bulan kepada RM1,000 pada bulan pertama dan RM800 pada bulan kedua dan RM600 bagi bulan ketiga,” kata beliau.

Dalam usaha melahirkan tenaga kerja mahir negara untuk menghadapi Revolusi Industri 4.0, perdana menteri mengumumka­n peruntukan sebanyak RM200 juta melalui Pembanguna­n Sumber Manusia Bhd bagi melaksanak­an Inisiatif Strategik Modal Insan.

Najib berkata kerajaan BN juga bertekad akan terus melindungi golongan pekerja sendiri dari pelbagai segmen masyarakat termasuk pemandu e-hailing, nelayan, petani, peniaga pasar dan penggiat seni.

“Warga pekerja bukan sekadar penabur khidmat dan bakti kepada tanah air tercinta ini, bahkan lebih jauh dari itu, seluruh warga kerja walau di mana berada, BN mengangkat dan mengiktira­f warga pekerja sebagai tulang belakang, daging dan darah yang mengalir deras dalam pembuluh nadi serta nafas kerajaan di tanah air keramat lagi merdeka ini.

“Kalau kerajaan BN itu umpama bunga, maka warga pekerjalah ibarat tangkainya. Maka, dari itu, janganlah sesekali warga pekerja sekalian terpesona dan tergoda serta menghirup di ‘bunga’ yang lain, teruslah yakin, menikmati madu dari kelopak BN yang tulen menjadi penawarnya,” kata beliau sambil disambut tepukan gemuruh hadirin.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia