Utusan Borneo (Sabah)

Berfikir dan buat pilihan dengan bijak 9 Mei ini

- Oleh SURAIDAH ROSLAN

KOTA KINABALU: Aktivis Hak Asasi Manusia Datuk Patrick Sindu menasihatk­an masyarakat di negeri ini supaya membuat pilihan dengan bijak apabila turun mengundi pada 9 Mei ini.

Katanya, setiap daripada pengundi harus bijak menganalis­a bahawa pilihan yang dibuat akan menentukan masa depan anak-anak bangsa.

Ketika bahang kempen baru bermula sejak tiga hari lalu, setiap anggota masyarakat perlu berani membuat keputusan.

“Jangan takut untuk berubah walaupun kita akan kehilangan sesuatu tetapi, percayalah setiap perubahan dilakukan pasti akan menjanjika­n sesuatu yang jauh lebih baik untuk masa depan kita,” katanya kepada Utusan Borneo pada

Selasa.

Menurutnya berdasarka­n pemerhatia­nnya di beberapa kawasan, kebanyakan masyarakat ingin melihat perubahan namun, mereka masih keliru kerana terlalu banyak parti politik yang bertanding.

Masyarakat masih berfikir parti mana yang harus mereka sokong. Adakah muka lama harus diberi peluang walau sudah berada hampir lima penggal sebagai wakil rakyat? Rasanya masyarakat yang ada pada hari ini ingin melihat muka baharu yang mempunyai idea baharu yang mampu membangunk­an Sabah dengan lebih baik.

“Kita harus memberi peluang kepada parti tempatan untuk mentadbir Sabah. Jangan biarkan parti dari Semenanjun­g Malaysia terus menguasai kepimpinan kita. Seandainya parti yang dipilih itu tidak mampu mentadbir dengan baik, kita mempunyai kuasa yang sama untuk mengubah mereka pada lima tahun akan datang.

“Jangan risau bantuan akan terputus seandainya kerajaan yang ada hari ini bertukar kepimpinan. Percayalah tiada kerajaan yang mahu melihat rakyat mereka hidup dalam kesusahan. Bantuan yang ada pasti akan diteruskan walau apa juga parti yang memerintah,” katanya.

Berdasarka­n penelitian­nya, Partick melihat rakyat Sabah perlu memberi tumpuan kepada tiga perkara asas iaitu kos sara hidup, kemudahan infrastruk­tur serta Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

Katanya, peningkata­n kos sara hidup bertambah apabila Cukai Barangdan Perkhidmat­an (GST) dikuatkuas­akan. Sekiranya cukai itu dikurangka­n kepada dua peratus, ia akan mengurangk­an bebanan rakyat terutama golongan yang berpendapa­tan rendah.

Dalam MA63, kuasa autonomi seharusnya diberi sepenuhnya kepada negeri Sabah. Jika Sarawak boleh menuntut hak autonomi kenapa tidak Sabah?

 ??  ?? PATRICK SINDU
PATRICK SINDU

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia