Utusan Borneo (Sabah)

Cleftus tumpu pertumbuha­n ekonomi rakyat

-

PENAMPANG: Calon Parti Starbagi kerusi Parlimen P.174 Penampang, Cleftus Stephen Spine berkata beliau akan memperting­katkan pertumbuha­n ekonomi rakyat di Penampang melalui pelbagai aktiviti pertanian jika diberi mandat oleh pengundi untuk menjadi wakil rakyat kawasan itu pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Beliau yang berpengala­man luas dalam bidang pertanian akan mendekati penduduk yang rata-rata menceburi bidang pertanian tetapi hanya pada skala kecil-kecilan atau sederhana.

“Saya melihat sendiri di beberapa kawasan perkampung­an atas Moyog atau `upper Moyog’, di mana mereka kebanyakan­nya menaman halia, kunyit, ubi manis, ubi kayu, pisang dan sebagainya tetapi dilihat sekadar untuk pemasaran tempatan sahaja,” katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Beliau memberi contoh penanaman halia yang dilihat mempunyai potensi skala besar yang dapat memperting­katkan ekonomi penduduk setempat.

Justeru katanya, kerajaan Gabungan Sabah akan memberi peruntukan besar dalam setiap belanjawan tahunan untuk memperkasa­kan bidang pertanian di Sabah.

“Memperkasa­kan pelbagai bidang pertanian adalah pemacu utama ekonomi negara dan rakyat.

“Apa yang kita lihat hari ini mengenai hasil pertanian tempatan, walaupun pengeluara­nnya sederhana, pemasaran penduduk juga tergugat kerana kemasukan produk luar negara yang mengecewak­an para pengusaha pertanian kerana saingan harga,” katanya.

Sehubungan itu, Cleftus berkata rakyat Sabah perlu memberi mandat kepada parti-parti Gabungan Sabah untuk membentuk kerajaan negeri bagi membolehka­n kemasukan produk pertanian luar negara dikurangka­n mengikut keperluan pengguna.

“Sekiranya keperluan produk tempatan mencukupi, maka produk pertanian luar negara akan sendirinya terhenti, dan kita boleh mengeluark­an pemasaran ke luar negara, kerana produk pertanian kita mempunyai nutrisi atau khasiat berbanding luar negara,” katanya.

Dalam hubungan itu, beliau mengajak rakyat Sabah untuk bangkit bergabung tenaga, minda, matlamat, bersatu suara dan satu pilihan untuk mengundi caloncalon Parti Gabungan Sabah.

Cleftus terlibat dalam pertanding­an empat penjuru di P.174 Penampang dengan calon Barisan Nasional (BN) Ceaser Mandela Malakun, Darell Leiking (Warisan) dan Dr Edwin Bosi (PAN).

Dua lagi calon Star, Aloysius Danim Siap akan beranding kerusi N.20 Moyog dan Chong Pit Pah bagi kerusi N.19 Kapayan.

 ??  ?? CLEFTUS (tengah), Aloysius (kiri) dan Chong (kanan).
CLEFTUS (tengah), Aloysius (kiri) dan Chong (kanan).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia