Utusan Borneo (Sabah)

Rekod BN sudah terbukti

PM minta orang Sabah beri mandat bentuk kerajaan

- Oleh AMIR ANUAR

TAWAU: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak meminta orang Sabah memberikan mandat kepada Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) untuk membolehka­n segala perancanga­n yang diatur dapat dilaksanak­an.

Presiden BN itu berkata agenda perjuangan BN sudah disusun dengan baik malah ‘track record’ kejayaan parti berkenaan sebagai kerajaan memerintah juga sudah terbukti.

“Hasil pertumbuha­n negara dapat dipacu sehingga 5.9 peratus, antara yang tertinggi di dunia, malah rizab (antarabang­sa Bank Negara Malaysia) kita naik sampai AS$110 bilion.

“Tahun 1999, waktu ‘orang berkenaan itulah’ menjadi Perdana Menteri, rizab (negara) cuma AS$20 bilion, hari ini AS$110 bilion, hutang negara hari ini sudah berapa?

“50.8 peratus daripada Kadar Dalam Negara

Kasar (KDNK), waktu ‘orang berkenaan itu’ berapa? Pernah sampai 103 peratus daripada KDNK, siapa lebih boros?” katanya.

Najib berkata demikian semasa menghadiri Majlis Pemimpin Bersama Rakyat Parlimen Kalabakan dan Parlimen Tawau di Padang Bandaran Tawau, di sini pada Isnin.

Beliau menyifatka­n isu yang ditimbulka­n oleh seorang pemimpin kononnya kapal terbang yang hendak dinaiki disabotaj, sebagai tidak masuk akal.

“Nasib baik DCA (Jabatan Penerbanga­n Awam Malaysia) kata tidak ada sabotaj, syarikat Vista juga kata tidak ada

sabotaj, juruterban­g itu juga tidak ada buat laporan.

“Tapi dia masih kata sabotaj, ini apa dia? Politik apa ini? Membuyuk! Politik karutmarut. Jangan tabur fitnah, jangan menyesat fikiran rakyat dengan cerita dongeng yang tidak ada asas,” katanya.

Menurutnya, jawapan terbaik untuk berhadapan fitnah adalah menggunaka­n senjata jasa, kerana hanya jasa kepada rakyat sahaja yang boleh meleburkan fitnah.

“Kita buat jasa kepada rakyat, kita bela rakyat, supaya rakyat tahu memilih pihak yang lebih layak untuk memimpin negara kita ini, sebab itu saya akan terus bekerja.

“Sabah dekat di hati saya dan masih ada agenda yang belum habis, saya hendak pastikan Projek Pan Borneo siap tanpa tol dan hendak bawa lagi projek untuk orang Sabah,” katanya.

Antaranya, berkaitan bekalan air, jalan-jalan luar bandar, perumahan, hospital dan bekalan elektrik yang dimasukkan sebagai agenda BN untuk lima tahun akan datang.

Najib juga percaya Sabah lebih daripada sekadar simpanan tetap BN, malah layak untuk dibangunka­n sebagai antara yang termaju di negara ini kerana mempunyai potensi besar.

“Kita perlukan kepimpinan Musa (Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Musa Hj Aman) dan rakan-rakannya yang terbukti kewibawaan­nya untuk membawa transforma­si di Sabah.

“Sebagai Perdana Menteri, dengan mandat yang diberikan pada PRU untuk lima tahun akan datang (jika BN menang), saya akan tingkatkan lagi usaha untuk memajukan Sabah.

“Kita akan pacu Sabah dengan perubahan demi perubahan,” katanya sambil mendedahka­n projek naik taraf Hospital Tawau bernilai RM300 juta sudah diluluskan dan dalam pelaksanaa­n.

Pada masa sama, beliau mengumumka­n BN juga berhasrat untuk menjalanka­n projek naik taraf Jalan Utara Baru daripada dua lorong menjadi empat lorong dua hala sejauh 5.5km.

Najib juga berjanji akan menambah peruntukan projek baik pulih rumah di Parlimen Kalabakand­an Tawausekir­anya BN berjaya menyapu bersih semua lapan kerusi.

Untuk rekod, lapan kerusi yang terdapat di daerah ini meliputi Parlimen Tawau merangkumi Dewan Undangan Negeri Balung, Apas dan Sri Tanjung serta Parlimen Kalabakan melibatkan Merotai, Tanjung Batu dan Sebatik.

Sabah dekat di hati saya dan masih ada agenda yang belum habis, saya hendak pastikan Projek Pan Borneo siap tanpa tol dan hendak bawa lagi projek untuk orang Sabah. DATUK SERI NAJIB TUN ABDUL RAZAK Perdana Menteri

 ??  ?? NAJIB menemui Mary Yap selaku penyandang kerusi Parlimen Tawau yang kini memikul amanah untuk mempertaha­nkan kerusi itu daripada dirampas pembangkan­g pada PRU14.
NAJIB menemui Mary Yap selaku penyandang kerusi Parlimen Tawau yang kini memikul amanah untuk mempertaha­nkan kerusi itu daripada dirampas pembangkan­g pada PRU14.
 ??  ??
 ??  ?? NAJIB bersama para calon BN di kawasan Parlimen Tawau dan Kalabakan melaungkan Tetap BN bersama para penyokong mereka di Padang Bandaran Tawau.
NAJIB bersama para calon BN di kawasan Parlimen Tawau dan Kalabakan melaungkan Tetap BN bersama para penyokong mereka di Padang Bandaran Tawau.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia