Utusan Borneo (Sabah)

Pengundi diminta tolak politik kekerasan dan maki hamun: Ahmad Zahid

-

BAGAN DATUK: Politik kekerasan dan amalan memaki hamun ditunjukka­n pembangkan­g semasa berkempen dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) harus ditolak oleh pengundi, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau berkata cara berkempen seperti mengaibkan, memfitnah serta menggunaka­n kata-kata kesat merupakan taktik terdesak pembangkan­g untuk meraih undi dan tidak wajar dibiarkan kerana ia boleh menggugat kestabilan serta keamanan negara.

“Itu pastinya taktik terdesak (pembangkan­g) kerana saya fikir mereka telah menghidu bahawa momentum untuk Barisan Nasional (BN) sudah semakin meningkat.

“Peningkata­n ini disebabkan oleh manifesto BN yang mempunyai titik sentuhan serta faktor ‘wow’ sudah dihidangka­n Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak selaku Pengerusi BN,” katanya.

Beliau bercakap kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Kenduri Kampung Peluasan Skop Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) - Program Menghubung Menyatu Kementeria­n Komunikasi dan Multimedia Parlimen Bagan Datuk di Kampung Pasang Api di sini, pada Selasa.

Ahmad Zahid mengulas insiden cermin van jentera kempen calon BN Parlimen Bandar Kuching, Kho Teck Wan di Tabuan Jaya, Sarawak dipecahkan Sabtu lalu, manakala semalam kain rentang memaparkan wajah calon BN Parlimen Bakri, Koh Chon Chai di sekitar Bukit Bakri dirosakkan pihak tidak bertanggun­gjawab.

Mengenaiti­ndakan Pengerusi DAP Perak Nga Kor Ming yang sering menggunaka­n kata-kata makian dalam kempen ceramah di Teluk Intan, Ahmad Zahid menyifatka­n ia sebagai taktik ‘desperado’ bagi meraih undi di Parlimen itu yang ditandingi­nya pada PRU14.

“Semua orang kenal dengan cara dia dulu di Taiping, sekarang datang ke sini (Teluk Intan) pula. Saya fikir orang Teluk Intan tahu tentang prestasi Datuk Seri Mah Siew Keong bukan sahaja kerana beliau adalah orang tempatan,” katanya. -Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia