Utusan Borneo (Sabah)

Rakyat jangan pilih ‘pembuyuk’

Peringatan Musa kepada rakyat Sabah sempena PRU14

-

TAWAU: Ketua Menteri Tan Sri Musa Hj Aman meminta rakyat Sabah berhati-hati dengan pemimpin pembangkan­g yang disifatkan­nya sebagai ‘pembuyuk’ (penipu).

Pengerusi Perhubunga­n Barisan Nasional (BN) Sabah itu menyampaik­an mesejnya melalui pantun pada program yang turut dihadiri Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak.

“Apa diharap padi seberang, padi rosak akarnya buruk. Apa diharap pemimpin pembangkan­g, bercakap bohong suka membuyuk,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Pemimpin Bersama Rakyat Parlimen Kalabakan dan Parlimen Tawau di hadapan ribuan penyokong BN di Padang Bandaran Tawau, di sini pada Isnin.

Menurutnya, rakyat Sabah tidak boleh tersalah pilih atau salah pangkah pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), sebaliknya, rakyat dinasihatk­an memangkah simbol dacing.

“Kita sudah bekerja malah kerja kuat dan kita mesti ikhlas dalam bekerja, jangan ada ‘duri dalam daging’, ‘gunting dalam lipatan’ atau ‘api dalam sekam’,” katanya.

Musa berkata perjuangan ataupun kerja keras yang diberikan oleh BN selama ini bukan hanya untuk rakyat sekarang tetapi juga untuk generasi akan datang.

Malah, BN Sabah juga mempunyai‘trackrecor­d’yang banyak siri kejayaanny­a justeru rakyat diminta membaca laporan-laporan mengenai kejayaan pentadbira­n BN Sabah.

“Perdana Menteri (Najib) kita banyak memberi peruntukan kepada Sabah, dan melantik Shafie (Datuk Seri Mohd Shafie Apdal

yang kini menjadi Presiden Warisan) sebagai Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) (sebelum ini).

“Kementeria­n itu diberikan peruntukan besar untuk membangunk­an Negeri Sabah tetapi ‘habuk pun tiada’ di (Parlimen) Kalabakan dan (Parlimen) Tawau,” katanya.

Pada masa sama, Musa turut mempersoal­kan segelintir rakyat Sabah yang dikatakan begitu teruja melaungkan kalimah ‘Ubah Sabah’ yang hala tujunya disifatkan tidak jelas.

Beliau juga mempersoal­kan bekas naib presiden Umno itu kerana tidak pernah menemuinya untuk berunding mengenai projek-projek pembanguna­n KKLW di Sabah.

“Hairannya, apabila dia diganti oleh Datuk Seri Ismail Sabri sebagai Menteri KKLW, keesokan harinya menteri baharu itu terus menghubung­i saya (memperkena­lkan diri).

“Beliau (Ismail) meminta untuk datang berunding dengan saya mengenai projek-projek yang boleh dibangunka­n (oleh KKLW bersama Kerajaan Negeri) di Sabah.

“Apabila saya dengar ungkapan beliau (Ismail), saya sedih dan malu kerana menteri terdahulu, orang Sabah, tidak pernah telefon atau datang berjumpa dengan saya,” katanya.

Kita sudah bekerja malah kerja kuat dan kita mesti ikhlas dalam bekerja, jangan ada ‘duri dalam daging’, ‘gunting dalam lipatan’ ” atau ‘api dalam sekam’. TAN SRI MUSA HJ AMAN Ketua Menteri

 ??  ?? MUSA menghadiri Majlis Pemimpin Bersama Rakyat Parlimen Kalabakan dan Parlimen Tawau bersama Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, serta calon BN Kalabakan Datuk Seri Panglima Abdul Ghapur Salleh, calon BN Tawau Datuk Mary Yap Kain Ching dan calon BN...
MUSA menghadiri Majlis Pemimpin Bersama Rakyat Parlimen Kalabakan dan Parlimen Tawau bersama Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, serta calon BN Kalabakan Datuk Seri Panglima Abdul Ghapur Salleh, calon BN Tawau Datuk Mary Yap Kain Ching dan calon BN...
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia