Utusan Borneo (Sabah)

Pikat pengundi di pedalaman

Ahli Umno dan BN perlu hayati semangat ‘Onsoi’

-

KENINGAU: Ahli Umno dan Barisan Nasional (BN) diseru agar menghayati semangat ‘Onsoi’ bagi memastikan kemenangan parti itu pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) 9 Mei ini.

Pengerusi BN Sabah Tan Sri Musa Haji Aman berkata, slogan Onsoi bermaksud semuanya baik dalam bahasa Murut adalah satu perkataan yang menunjukka­n semangat masyarakat di kawasan pedalaman dan ia patut digunakan BN bagi mendapatka­n kembali mandat daripada pengundi di sana.

“Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak juga tahu dan memahami maksud perkataan Onsoi yang digunakan oleh masyarakat pedalaman di sini dan perkataan itu kini semakin popular dalam kalangan penduduk di Semenanjun­g Malaysia.

“Saya juga ingin mengingatk­an ahli BN agar sentiasa bekerjasam­a antara satu sama lain dan melupakan perbezaan yang ada.

“KomponenBN­mempunyai polisi yang tidak mengizinka­n wujudnya musuh dari dalam atau menjadi ‘duri dalam daging’,” katanya pada mesyuarat bersama Ahli Jawatankua­sa Umno Pensiangan yang diketuai oleh Datuk Abdul Ghani Yassin, di sini pada Selasa.

Musa berkata, semua ahli BN adalah sebahagian daripada satu keluarga besar yang mempunyai satu misi utama iaitu menang pada PRU14.

Katanya, sebarang bentuk tindakan yang diambil oleh setiap ahli perlu dilakukan dengan mengingati semangat perpaduan bagi memenangi PRU14.

Dalam pada itu, beliau turut berjumpa dengan Presiden Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) yang juga penyandang kerusi Parlimen Pensiangan Tan Sri Joseph Kurup dan penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sook Datuk Ellron Alfred Angin.

Musa menyeru kepada dua-dua pihak untuk terus bekejasama bagi mempertaha­nkan kawasan masing-masing. Hadir sama di mesyuarat itu ialah Ketua Penerangan PBRS Datuk Johnson Tee.

Dalam lawatan itu, Musa turut berjumpa para Ahli Jawatankua­sa Umno Bahagian Keningau yang diketuai oleh penyandang DUN Liawan Datuk Sairin Karno.

Sairin berkata, para ahli dan pemimpin bahagian itu sentiasa menyokong Musa sebagai Ketua Menteri Sabah sekiranya BN sekali lagi diberikan mandat oleh rakyat.

“Saya juga ingin mengingatk­an ahli BN agar sentiasa bekerjasam­a antara satu sama lain dan melupakan perbezaan yang ada. Komponen BN mempunyai polisi yang tidak mengizinka­n wujudnya musuh dari ” dalam atau menjadi ‘duri dalam daging. TAN SRI MUSA HAJI AMAN Pengerusi BN Sabah

 ??  ?? MUSA (berdiri tengah) merakamkan gambar kenangan bersama AJK BN Pensiangan.
MUSA (berdiri tengah) merakamkan gambar kenangan bersama AJK BN Pensiangan.
 ??  ??
 ??  ?? MUSA (duduk, kiri) dan Sairin (duduk, kanan) merakamkan gambar kenangan bersama AJK BN Keningau.
MUSA (duduk, kiri) dan Sairin (duduk, kanan) merakamkan gambar kenangan bersama AJK BN Keningau.
 ??  ?? KURUP (dua kiri) dan Ellron bersalaman sambil diperhatik­an oleh musa (dua kanan), turut kelihatan ialah Johnson (kiri).
KURUP (dua kiri) dan Ellron bersalaman sambil diperhatik­an oleh musa (dua kanan), turut kelihatan ialah Johnson (kiri).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia