Utusan Borneo (Sabah)

Upko pecat tiga pemimpin di Keningau

- Oleh JOHN TAMBANAN

PENAMPANG: Pertubuhan Pasokmomog­un Kadazandus­un Murut (Upko) telah memecat tiga pemimpin parti itu di Keningau pada Selasa.

“Tiga pemimpin parti ini ialah Datuk Justin Guka dan dua pembantuny­a yang dipecat dengan serta-merta. Dengan pemecatan ini, Upko tidak ada kena mengena dengan mereka mulai hari ini (Selasa),” kata Datuk Alex Martin selepas mempengeru­sikan mesyuarat jawatankua­sa tatatertib di ibu pejabat parti pada Selasa.

“Kami perhatikan bahawa peletakan jawatan Datuk Justin tidak dilakukan mengikut prosedur yang betul. Apa yang membuatnya tidak dapat disangkal adalah beliau telah menawarkan diri bertanding sebagai calon Bebas,” katanya.

Justin yang juga ketua Upko Keningau dipecat berdasarka­n perlembaga­an parti Perkara 61 (ix), manakala Naib Ketua Baidi Aripin dan setiausaha penganjur Bungkilau Kimin dipecat berdasarka­n Artikel 61 (iii) (d).

“Ketiga-tiga mereka boleh merayu tetapi bukan kepada kami, mereka boleh merayu kepada Majlis Tertinggi. Kami ucapkan mereka semoga maju jaya,” katanya sambil menambah, jawatankua­sa itu mempunyai kuasa bebas sepenuhnya untuk membincang dan mengenakan hukuman terhadap mereka yang bertindak menentang perlembaga­an parti.

Justin mengemukak­an peletakan jawatannya dari semua jawatan bahagian dan pusat tetapi hanya kepada setiausaha bahagian Jamestan Dominic minggu lepas.

Beliau kemudian memfailkan pencalonan­nya sebagai calon Bebas untuk kerusi Parlimen Keningau dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bingkor pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) 9 Mei ini. Baidi adalah pencadangn­ya manakala Bungkilau penyokong.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia