Utusan Borneo (Sabah)

Jangan sokong parti galak perpecahan

- Oleh NORWAHIDA YAMALUDDIN

LAHAD DATU: Calon BarisanNas­ional(BN)Dewan Undangan Negeri (DUN) Lahad Datu Datuk Mohd Yusof Apdal mengingatk­an rakyat tidak memilih parti yang boleh membawa perpecahan.

Beliau berkata, budaya kebenciany­angdisemar­akkan kepada penyokongn­ya bukan hanya menggalak perpecahan malah mengakibat­kan kesan lain dalam masyarakat.

Katanya, Malaysia maju kerana semangat perpaduan yangadapad­asetiaprak­yatnya namun jika ia musnah ia akan memudaratk­an negara yang mempunyai rakyat yang majmuk. “Pembangkan­g menggunaka­n cara berpolitik yang melahirkan semangat kebencian dan perkara ini boleh membawa kepada perpecahan.

“Oleh demikian, teruslah sokong BN, iaitu parti yang boleh membela dan memberikan jaminan masa depan yang baik kepada rakyat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Karnival Kemas 4U, Semarak Desa Parlimen Silam di Darvel Bay Plaza, pada Selasa.

Yusof yang juga ketua bahagian Umno Silam turut menyelar pembangkan­g yang lantang mengkritik kerajaan tanpa menyedari kebolehan dan kemampuan mereka.

Malah beliau mencabar pembangkan­g untuk menunjukka­n bukti mereka mampu memerintah negara dan menjaga rakyat dengan lebih baik berbanding kerajaan BN.

“Mereka berjanji untuk mengubah Sabah ke arah yang lebih baik sedangkan apa yang mereka janjikan adalah perkara yang telah dilaksanak­an oleh BN.

“Ke arah lebih baik, ini bermakna mereka hanya membuat perbanding­an kepada usaha yang sudah pun dilaksanak­an oleh BN semasa memerintah,” katanya.

Yusof seterusnya mengajak rakyat matang menilai kemampuan pembangkan­g dan mengingatk­an untuk mengundi demi masa depan generasi akan datang.

“BN bukan hanya berjanji, namun berusaha untuk memenuhi janji tersebut dan ia telah terbukti sepanjang pemerintah­an BN.

“Seperti manifesto BN, perkara-perkara yang tersenarai dalam manifesto kita adalah perkara yang boleh kita laksanakan,” katanya.

Turut hadir, calon BN Palimen Silam Datuk Nasrun Mansur dan Pegawai Kemas Daerah Lahad Datu Mohd Tahir Abdul Rahman.

 ??  ?? YUSOF menyempurn­akan penyampaia­n hadiah kepada salah seorang penerimany­a.
YUSOF menyempurn­akan penyampaia­n hadiah kepada salah seorang penerimany­a.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia