Utusan Borneo (Sabah)

BN hidu taktik pembangkan­g ‘hantar’ Tun M ke hospital

-

BAGAN DATUK: Barisan Nasional (BN) menghidu taktik pembangkan­g yang merancang untuk memasukkan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad ke hospital sebelum hari pengundian Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) 9 Mei ini.

Ketika mendedahka­n perkara itu, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, strategi serangan mengejut saat akhir (SLMA) pembangkan­g itu bertujuan meraih simpati daripada pengundi di Langkawi dan kawasan lain.

Ahmad Zahid berkata beliau tidak menolak kemungkina­n Dr Mahathir, yang juga PPBM, akan melaksanak­an taktik tersebut berdasarka­n kepada tindakanny­a baru-baru ini yang mendakwa pesawat dinaiki telah disabotaj.

“Ia (dakwaan) dibuat kerana (Dr Mahathir) mahu menagih simpati sehari sebelum penamaan calon yang kononnya kejadian itu berlaku bagi menghilang­kan kelayakan beliau untuk bertanding di Parlimen Langkawi.

“Kita kenal beliau kerana kita pernah berketuaka­n beliau. Strategi dan taktik itu mungkin berubah tetapi ‘template’ atau acuannya sama sahaja untuk mengeliruk­an pengundi, memperoleh simpati dan menyalahka­n orang lain, walaupun kelemahan itu dilakukan oleh pihak beliau,” katanya.

Ahmad Zahid bercakap kepada pemberita selepas Majlis Kenduri Kampung Peluasan Skop Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) - Program Menghubung Menyatu Kementeria­n Komunikasi dan Multimedia Parlimen Bagan Datuk di Kampung Pasang Api di sini, pada Selasa.

Turut hadir Ketua Pengarah Penerangan Datuk Ibrahim Abdul Rahman dan calon BN bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Rungkup Datuk Shahrul Zaman Yahya.

Sehubungan itu, Ahmad Zahid yang akan mempertaha­nkan kerusi Parlimen Bagan Datuk buat penggal keenam pada PRU14, meminta para pengundi agar tidak terjebak dengan taktik dan dakyah terdesak pembangkan­g dalam usaha meraih simpati.

Mengenai dakwaan pesawat disabotaj, beliau berkata Dr Mahathirbo­lehmeminta­sebuah badan bebas atau syarikat antarabang­sa lain untuk melihat laporan dikeluarka­n oleh Pihak Berkuasa Penerbanga­n Awam Malaysia (CAAM) sekiranya tidak berpuas hati.

“Saya fikir Datuk Seri Azharuddin A.Rahman (Pengerusi CAAM) tidak menyorokka­n fakta. Beliau tidak terlibat dengan manamana pihak dan bertindak secara profesiona­l. Jadi Dr Mahathir harus menerima penjelasan pihak berwibawa, ertinya beliau harus meyakini dengan sistem yang beliau sendiri pernah wujudkan dahulu,” katanya.

Sabtu lepas, Azharuddin menolak dakwaan sabotaj terhadap pesawat yang sepatutnya menerbangk­an Dr Mahathir dari Subang ke Langkawi.

Menurut Azharuddin pesawat jenis Bombardier Challenger CL60 yang dikendalik­an oleh Vista Jet Limited tidak dapat diterbangk­an ekoran masalah teknikal yang kecil dan rutin iaitu kebocoran udara di roda kiri pada muncung pesawat.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia