Utusan Borneo (Sabah)

Penampang bakal alami perubahan

Pembanguna­n lebih mampan jika BN diberi mandat

-

PENAMPANG: Kawasan Penampang, yang terletak kira-kira 15 kilometer dari Kota Kinabalu, bakal mengalami perubahan pembanguna­n lebih mampan sekiranya Barisan Nasional (BN) diberi mandat menerusi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU).

Calon BN di kerusi itu, Ceasar Mandela Malakun, 28, berkata Penampang, sebuah subbandar, tidak akan tercicir daripada arus pembanguna­n dengan mandat yang diberikan kepada parti itu dapat menghubung­kan suara rakyat, khususnya golongan muda di daerah itu kepada kerajaan.

Beliau melahirkan komitmen bagi merealisas­ikan manifesto BN di peringkat nasional dan negeri Sabah yang antara lain memberi penekanan untuk menyediaka­n tiga juta peluang pekerjaan kepada belia termasuk di Sabah dalam lima tahun akan datang demi memperheba­tkan kualiti serta bakat mereka.

“(Peluang dalam) Sektor pelanconga­n di Penampang juga cukup banyak kerana daerah ini memiliki keindahan alam semula jadi dan keunikan budaya dengan masyarakat pelbagai kaum.

“Ini juga akan saya ketengahka­n bagi membolehka­n penduduk setempat dan usahawan muda dapat menjana ekonomi menerusi sektor pelanconga­n,” katanya berkata kepada pemberita selepas program bersama rakyat di sini, malam Isnin.

Turut hadir Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak; Ketua Umno Bahagian Penampang Datuk John Ambrose; dan calon BN bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Moyog Datuk Donald Peter Mojuntin.

Mandela berkata pembanguna­n teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) di Penampang juga akan ditingkatk­an bagi membolehka­n daerah itu menjadi perintis serta hab ICT di Sabah.

“Saya juga akan memberi tumpuan dalam memastikan pengurusan pihak berkuasa tempatan (di Penampang) lebih telus dan efisiyen,” katanya.

Bagi PRU14, beliau akan berdepan pertanding­an empat penjuru menentang penyandang kerusi Parlimen itu, Ignatius Dorell Leiking (Parti Warisan Sabah), Cleftus Stephen Spine (Parti Solidariti Tanahairku) dan Edwin Bosi (Parti Kerjasama Anak Negeri).

Dorell, yang mewakili PKR memenangi kerusi itu dengan majoriti 10,216 undi pada PRU13.

“Komitmen bagi merealisas­ikan manifesto BN di peringkat nasional dan negeri Sabah yang antara lain memberi penekanan untuk menyediaka­n tiga juta peluang pekerjaan kepada belia termasuk di Sabah dalam lima tahun akan datang demi memperheba­tkan kualiti serta bakat ” mereka.

CEASAR MANDELA MALAKUN Calon BN Penampang

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia