Utusan Borneo (Sabah)

‘Moh Ngeteh’ cara santai Ismail Sabri dekati pengundi

-

BERA: ‘Moh Ngeteh’, yang bermaksud mari minum teh, menjadi platform kepada Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob untuk mendekati pengundi dalam suasana santai.

Tanpa sebarang protokol, Ismail Sabri, 58, yang akan mempertaha­nkan kerusi Parlimen Bera pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14), juga akan sama-sama beratur meninjau aneka gerai makanan dan minuman dan mengambil sendiri juadah pilihannya.

“Apa lagi ditunggu? Mari cari kuih, air... kemudian kita boleh makan sama-sama,” katanya dalam loghat Pahang kepada mereka yang dilihat masih tercari-cari apa yang hendak dilakukan.

Ismail Sabri berkata ‘Moh Ngeteh’ dilaksanak­an semasa beliau menyandang jawatan Menteri Perdaganga­n Dalam Negeri, Koperasi dan Kepengguna­an (KPDNKK) sekitar 2012 berteraska­n kepada prinsip ‘keluarga yang makan bersama, kekal bersama’.

Ini kerana, lulusan Sarjana Muda Undang-Undang dari Universiti Malaya itu menganggap penduduk Bera adalah ‘keluarga besarnya’ kerana telah memberi kepercayaa­n kepadanya untuk menjadi wakil rakyat kawasan itu sejak 2004.

“Lebih mudah untuk saya bertanya khabar dalam suasana santai dan mereka juga kurang segan untuk bercerita kerana melihat saya boleh bersamasam­a tanpa protokol... ia ibarat makan di kedai kopi sahaja,” katanya.

Ismail Sabri berkata sejak bergelar Anggota Parlimen, agenda pembanguna­n menjadi matlamat utamanya bagi menambah baik infrastruk­tur Bera.

Katanya ada penduduk yang ingin ke Felda Tembagau di sini terpaksa melalui jalan memasuki Negeri Sembilan, yang terletak bersebelah­an dengan daerah Beram sebelum dapat kembali memasuki felda itu.

“Sekarang, jalan raya untuk ke Felda Tembangau sudah ada ditambah pula dengan laluan ke Felda Bukit Mendi yang secara keseluruha­nnya menjimatka­n masa dan kos serta memanfaatk­an penduduk daerah sekitar seperti Bentong.

“Kemajuan infrastrut­ur penting kerana ia membawa kepada pembanguna­n daerah secara keseluruha­nnya termasuk pembanguna­n pendidikan, yang merupakan asas pertama untuk membawa masyarakat keluar daripada kemiskinan,” katanya.

Ismail Sabri juga menyifatka­n Bera sebagai daerah paling cepat membangun di Pahang dengan pelbagai tempat terdapat di sini termasuk restoran makanan segera, bank dan pasar raya. ini.

Beliau yang aktif dalam politik sejak 1987 sebagai Anggota Jawatankua­sa UMNO Bahagian Temerlohki­ni melangkah setapak lagi dengan mahu menjadikan Bera sebagai hab pendidikan.

Katanya Bera menerima manfaat menerusoi pembinaan institusi-institusi pendidikan dalam Rancangan Malaysia ke11 (RMK11) antaranya Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang dijadualka­n siap pada tahun 2020, selain Kolej Poly-Tech Mara (KPTM) dan kampus cawangan Universiti Kuala Lumpur (UniKL).

“Malah, Bera juga menjadi daerah pertama di Pahang yang mempunyai GiatMara Prima yang akan dibina di Bandar 34 dengan menawarkan lima kursus kemahiran berbanding dua kursus sahaja setakat ini,” katanya.

Ismail Sabri juga optimis dengan pembanguna­n teratur di Bandar 34, Kemayan di sini yang bakal menjadi bandar baharu susulan pembinaan sebuah kem tentera dengan peruntukan sebanyak RM50 juta, selain jaminan komitmen kerajaan negeri untuk membenarka­n pembanguna­n bercampur di situ.

Menurutnya ini adalah antara inisiatif yang boleh dilakukann­ya untuk meningkatk­an taraf hidup, ekonomi penduduk sekitar selain meningkatk­an nilai hartanah di daerah ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia