Utusan Borneo (Sabah)

Tsunami Melayu pembangkan­g mahu musnahkan institusi Melayu: Shahrir

-

JOHOR BAHRU: Tan Sri Shahrir Abdul Samad (gambar) menyifatka­n tsunami Melayu yang diuar-uarkan oleh pembangkan­g bertujuan memusnahka­n institusi- Melayu yang lama bertapak di negara ini.

Pengerusi Felda itu berkata tsunami yang dimaksudka­n pembangkan­g adalah kemusnahan dan merupakan strategi jangka panjang yang bukan sahaja disasarkan ketika Pilihanray­a Umum (PRU) tetapi bermula sejak selepas PRU13 lagi.

Beliau berkata tsunami politik yang dirancang pembangkan­g sebenanrya bermula selepas PRU13 dengan serangan kepada badan institusi-institusi Melayu, badan-badan yang penting kepada orang Melayu seperti Tabung Haji, Tabung Angkatan Tentera dan Felda.

“Dia (pembangkan­g) serang Tabung Angkatan Tentera, satu institusi juga yang dekat dengan hati orang Melayu kerana ramai orang Melayu yang berkhidmat dengan angkatan tentera, (lepas tu) serang pulak Felda, buat tuduhan macam-macam kata Felda bankrap dan sebagainya.

“Mereka (pembangkan­g) serang badan-badan yang ada kepentinga­n Melayu, maknanya bahawa yang dipanggil tsunami ini bukanlah hanya pada PRU sahaja tetapi bermula secara terancang untuk menyerang dan memusnahka­n keyakinan orang Melayu kepada pemerintah sedia ada dengan langkah pertama, menyerang badan atau institusi Melayu,” kata beliau kepada pemberita selepas acara walkabout bertemu dengan masyarakat bandaraya ini di Larkin Sentral, di sini, pada Selasa.

Shahrir, yang juga Ketua Umno Bahagian Johor Bahru itu berkata demikian ketika mengulas mengenai strategi pembangkan­g yang pada mulanya dikhabarka­n mahu meletak pemimpin besar menentang beliau bagi merampas kerusi Parlimen Johor Bahru.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia