Utusan Borneo (Sabah)

PH pastikan semua parti komponen dapat hak sama

- Oleh HAMZAH SANUDIN

TAWAU: Pakatan Harapan (PH) akan memastikan semua parti dalam komponenny­a akan mendapat hak yang sama sekaligus menjurus keadilan kepada setiap rakyat Malaysia dan tidak akan berlaku satu parti yang akan menguasai dalam parti itu.

Calon PKR bagi kerusi Parlimen Tawau Christina Liew yang ditemubual semasa majlis mesra rakyat anjuran Parti Warisan berkata, formula yang diperkenal­kan oleh PH itu adalah agar semua komponen mendapat hak sama rata dan tidak akan berlaku perebutan kerusi seperti yang berlaku dengan pihak lawan.

“Ini telah dipersetuj­ui oleh semua parti yang terlibat agar tidak ada kaum ataupun agama diperkecil­kan dan perkara seperti salah guna kuasa tidak akan berlaku,” katanya.

Beliau berharap agar rakyat memberikan peluang untuk PH mentadbir negara. Sekiranya pihaknya tidak menunjukka­n prestasi yang memuaskan, rakyat boleh beri semula tampuk kepimpinan kerajaan kepada Barisan Nasional pada PRU akan datang.

Dalam pada itu, Christina juga menegaskan sekiranya PH mentadbir negara, mereka akan memastikan Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan betul-betul menjadi badan yang berkecuali tanpa sebarang campur tangan pihak lain.

Mengulas isu papan tanda parti yang dikatakan melanggar peraturan Suruhanjay­a Pilihan Raya (SPR), beliau berkata mereka baru sahaja dimaklumka­n mengenai hal itu dan ia memaksa pihaknya mengubah isi kandungan papan tanda agar tidak melanggar peraturan SPR.

“Kami tidak tahu akan prosedur itu sebelum ini dan kami akan memberikan kerjasama supaya tidak melanggar apa-apa juga peraturan yang berkait dengan pilihan raya,” jelasnya.

Beliau juga berharap agar penyokong tidak terkejut dengan keadaan papan tanda yang diubah secara tiba-tiba dan mengambil pandangan yang negatif mengenai penukaran itu.

 ??  ?? PRESIDEN Parti Warisan Datuk Seri Shafie Apdal (tiga kanan), Christina (dua kanan) bersama pemimpin lain.
PRESIDEN Parti Warisan Datuk Seri Shafie Apdal (tiga kanan), Christina (dua kanan) bersama pemimpin lain.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia