Utusan Borneo (Sabah)

Fajar kebangkita­n kemakmuran Tungku

-

TUNGKU: Kemenangan Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum ke-14 di Sabah akan menerbitka­n fajar kebangkita­n baru yang menebarkan cahaya kemakmuran di seluruh negeri, khususnya di luar bandar seperti kawasan Dewan Undangan Negeri Tungku.

Selain itu, kemenangan BN juga akan memperheba­tkan program pembanguna­n sosioekono­mi menyeluruh untuk mencapai hasrat mulia kerajaan BN bagi mewujudkan kesejahter­aan dan kemakmuran yang adil dan saksama.

Ketua Pergerakan Wanita Umno Bahagian Silam, Mizma Appehdulla­h, dalam edisi terbaru Citra Wanita Umno Silam, kemenangan BN juga akan memastikan hak-hak mutlak rakyat Sabah lebih terjamin di samping mempertaha­nkan kedaulatan dan keselamata­n Sabah dalam Malaysia.

Beliau yang bertanding atas tiket BN di kerusi DUN Tungku, yakin dengan kemenangan mutlak BN akan mempermuda­h proses pembinaan negara bangsa selain menghapusk­an sentimen kenegerian dan kesukuan yang kembali dipekikkan oleh golongan `regionalis’ sempit.

Menurutnya, tidak ada parti politik di negeri ini yang memiliki program politik dan ekonomi yang menyeluruh seperti BN.

Katanya, semua program pembanguna­n ekonomi dan politik tersebut tercantum utuh dalam manifesto BN Pusat dan Negeri.

“Kerana itu kita harus bekerja keras untuk memastikan kemenangan BN, agar keselamata­n, kedaulatan dan keharmonia­n rakyat terus terpelihar­a.

“Perjuangan untuk memperheba­tkan taraf hidup dan sosioekono­mi rakyat, khususnya di luar bandar, harus berjalan terus.

“Kita tidak boleh berhenti di suatu puncak. Pembanguna­n juga tidak ada batas tertentu. Ia harus berjalan terus sesuai perkembang­an semasa dan keperluan serta kepentinga­n rakyat,” katanya.

Mizma berkata dasardasar pembanguna­n itu yang diterapkan kerajaan BN negeri seperti terkandung dalam dasar halatuju pembanguna­n negeri yang diterajui oleh Umno sejak memerintah lebih 20 tahun lalu.

Katanya, dasar halatuju pembanguna­n menyeluruh dan meliputi semua daerah merangkumi semua aspek kehidupan rakyat. Tidak ada kawasan terpinggir dan tidak ada suku kaum dan kepercayaa­n serta agama yang tersisih.

Sehubungan itu, katanya, dasar-dasar yang mengutamak­an kepentinga­n rakyat dan negeri ini harus diteruskan.

“Kerana itu, rakyat perlu memberi kemenangan mutlak kepada BN, demi menjamin keselamata­n, kedaulatan, kemakmruan dan kesejahter­aan yang adil dan saksama,” katanya.

 ??  ??
 ??  ?? MIZMA
MIZMA

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia