Utusan Borneo (Sabah)

SK Lubok Temiang tuan rumah pelancaran Kem Membaca 1Malaysia

SK Lubok Temiang tuan rumah pelancaran Kem Membaca 1Malaysia

-

“Rakyat Malaysia wajar mendapatka­n berita yang sahih daripada agensi kerajaan yang sebenarnya dan bukannya mempercaya­i bulat-bulat berita yang disebarkan menerusi aplikasi telefon bimbit.

DATUK PETER MAK Ahli Majlis Penasihat Perbadanan Labuan

KEM Membaca 1Malaysia peringkat Wilayah Persekutua­n Labuan dilancar meriah oleh Ahli Majlis Penasihat Perbadanan Labuan Datuk Peter Mak di Dewan Terbuka Sekolah Kebangsaan Lubok Temiang (SKLT) Tatap Majal.

Peter dalam ucapannya berharap seluruh masyarakat sentiasa membudayak­an amalan membaca bermula dari rumah sejak kecil lagi.

Katanya, banyak membaca dapat menimba ilmu pengetahua­n malah dengan membaca juga seseorang akan memperoleh sesuatu sumber berita yang sahih dan benar.

Beliau turut memberi peringatan agar kita sentiasa berhati-hati dan tidak menyebarka­n berita yang tidak diketahui sumbernya kerana kini akta penyebaran berita palsu telah digubal dan seseorang yang didapati bersalah boleh dikenakan tindakan.

“Rakyat Malaysia wajar mendapatka­n berita yang sahih daripada agensi kerajaan yang sebenarnya dan bukannya mempercaya­i bulat-bulat berita yang disebarkan menerusi aplikasi telefon bimbit,” katanya yang mewakili Ahli Dewan Negara Senator Datuk Bashir Alias.

Kem Membaca 1Malaysia merupakan program yang dijalankan saban tahun pada bulan April berkesinam­bungan dengan program Nilam Kementeria­n Pendidikan Malaysia.

Tahun ini, Pusat Sumber Al-Faaeq, Sekolah Kebangsaan Lubok Temiang telah diberi mandat sebagai pengelola bagi peringkat WP Labuan.

Menurut Guru Perpustaka­an dan Media SK Lubok Temiang Hasnan Md Saad, KM1M telah diadakan selama tiga hari pada 25 hingga 27 April lalu.

Katanya, sebanyak 25 aktiviti seperti pertanding­an teka silangkata, word maze, mengarang, pertanding­an nyanyian, azan, hafazan, menulis khat, amali sains, membaca surat khabar dan mengira pantas yang dipertandi­ngkan dengan melibatkan hampir 580 murid dari prasekolah serta tahun satu hingga enam.

Tidak ketinggala­n pertanding­an meneka berat buku dan meneka jumlah muka surat buku turut diadakan dalam kalangan guru.

Di samping itu, agensi luar turut dijemput memeriahka­n lagi KM1M kali ini seperti Labuan Art Gallery yang mempamerka­n koleksi lukisan mereka dan pameran dari Muzium Chimney yang berkongsi kisah sejarah terowong arang batu, Chimney.

Hasnan berkata, ‘Pembacaan Berkualiti Menjana Minda Bestari’ telah dipilih sebagai tema Kem Membaca 1Malaysia pada tahun ini.

Turut hadir, Ketua Sektor Pembanguna­n dan Kemanusiaa­n Asbollah Amit yang mewakili Pengarah Jabatan Pendidikan Labuan Raisin Saidin dan Ketua Penolong Pengarah Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Ag Marten Datuk Abd Rahman dan Yang Dipertua PIBG Mohd Dzulfaizal Ab Manan serta para penolong kanan SKLT, Roslan Mohamad, Farid Markus dan Maimon Abd Rahman.

Sementara itu, Ag Marten mengucapka­n tahniah dan terima kasih kepada warga SKLT atas kejayaan mereka menjadi pengelola Kem Membaca pada tahun ini.

“Kelancaran majlis itu adalah hasil komitmen pentadbir dan guru-guru SK Lubok Temiang serta murid yang menghadiri Kem Membaca 1Malaysia 2018. Semoga majlis itu memberi manfaat kepada kita semua,” katanya.

 ??  ?? MURID SK Lubok Temiang membaca bahan bacaan berfaedah.
MURID SK Lubok Temiang membaca bahan bacaan berfaedah.
 ??  ?? PETER melancarka­n Kem Membaca 1Malaysia di SK Lubok Temiang.
PETER melancarka­n Kem Membaca 1Malaysia di SK Lubok Temiang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia