Utusan Borneo (Sabah)

‘Special Interest Class’ pendedahan kemahiran pelajar

- Oleh SITI AISYAH NARUDIN

PELAJAR Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan (SMJK) Shan Tao kenali potensi diri menerusi Program ‘Special Interest Class’.

Pengetua SMJK Shan Tao Lee Li Leng berkata, pihaknya adalah sekolah rintis di Kota Kinabalu bagi program Perantisan Industri Menengah Atas (Pima).

Katanya, program berkenaan salah satu pendedahan awal kepada golongan murid berkaitan kemahiran yang boleh menjadikan mereka lebih berkeyakin­an apabila berada di dunia luar dari di sekolah.

Menurutnya, pelajar yang terlibat akan dibantu memahami dan mempelajar­i bidang kemahiran yang ditawarkan.

“Ia bertujuan mendidik pelajar untuk berdikari dan menpunyai kesedaran tentang hala tuju selepas tamat sekolah.

“Justeru, ia turut membantu pelajar memiliki matlamat yang jelas selepas tamat persekolah­an,” katanya pada majlis taklimat program berkenaan barutahun baru ini.

Beliau berkata, sebanyak enam agensi yang datang untuk memberi taklimat berkaitan kelas kemahiran.

Program itu jelasnya, menyasarka­n tawaran kepada pelajar Tingkatan 4 dan 5 yang tidak mengambil mata pelajaran elektif.

“Waktu kursus dijalankan setiap hari Jumaat bermula jam 2 hingga 5 petang.

“Pelajar bebas memilih bidang kemahiran yang ditawarkan berdasarka­n minat masing-masing,” katanya.

Menurutnya, antara kursus kemahiran yang ditawarkan termasukla­h jahitan, membaik pulih telefon bimbit, automotif dan membuat roti.

 ?? SEBAHAGIAN ibu bapa yang menghadiri taklimat berkenaan. ??
SEBAHAGIAN ibu bapa yang menghadiri taklimat berkenaan.
 ??  ?? (Gambar kiri) LEE (lima kanan) bersama pelajar dan pengendali kursus membuat roti.
(Gambar kiri) LEE (lima kanan) bersama pelajar dan pengendali kursus membuat roti.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia