Utusan Borneo (Sabah)

Kerajaan komited bantu penduduk

Tangani pelbagai masalah dihadapi Taman Mutiara

-

LABUAN: Kerajaan sentiasa komited memastikan kemaslahat­an dan kebajikan penduduk di Taman Mutiara.

Ahli Dewan Negara Senator Datuk Bashir Alias berkata, melalui usaha pelbagai agensi kerajaan seperti Perbadanan Labuan berjaya mengatasi masalah lampu jalan yang sekian lama tidak berfungsi, membuat penguatkua­saan dengan menyita kenderaan yangtersad­aidanmenja­lankan pelbagai aktiviti mencintai kebersihan melalui siri aktiviti gotong royong.

“Selain itu, kerjasama antara agensi melalui Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS), kita telah berjaya menangani pelbagai masalah jenayah di kawasan ini melalui aktiviti Rondaan Awam, Polis dan Angkatan Tentera (RAPAT 1M) di bawah Komuniti Rukun Tetangga Taman Mutiara.

“Harapan saya kepada warga Taman Mutiara, sertailah pelbagai aktiviti kesukarela­an di taman ini kerana tanggungja­wab untuk menjaga dan mencintai taman ini terletak di tangan anda semua,” katanya.

Beliau turut menyeru agar warga Taman Mutiara memberikan sokongan padu kepada sebarang program anjuran Majlis Perwakilan Penduduk (MPP) Sub Zon 4 dan Komuniti Taman Mutiara seperti Program Cintai Taman Mutiara 2018.

“Harapan saya kepada warga Taman Mutiara, sertailah pelbagai aktiviti kesukarela­an di taman ini kerana tanggungja­wab untuk menjaga dan mencintai taman ini terletak di ” tangan anda semua. SENATOR DATUK BASHIR ALIAS Ahli Dewan Negara

Program kemasyarak­atan itukatanya,adalahmani­festasi yang diungkayah­kan oleh MPP Sub Zon 4 dengan kerjasama Komuniti Taman Mutiara serta mempunyai pelbagai pengisian yang bermanfaat.

Antaranya, Program Jom Sihat, Gotong-Royong 1 Taman, Program Sinaran Senyuman dan beberapa lagi pengisian menarik seperti ceramah kesihatan dan kekeluarga­an daripada agensi kerajaan.

“Program ini bermatlama­t menyemai semangat perpaduan, bekerjasam­a dan hidup rukun di dalam Taman Perumahan Mutiara di samping memberi kesedaran kepada warga taman tentang pentingnya kita menjaga aspek kebersihan. keselatama­n dan kesihatan,” katanya ketika berucap merasmikan program itu pagi Ahad.

Bashir mengucapka­n penghargaa­n kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan Program Cintai Taman Mutiara 2018.

“Saya ingin mengucapka­n setinggi-tinggi syabas dan tahniah kepada Pengerusi MPP Subzon 4 Haji Chemat Haji Mustapha, Ketua Kampung Sungai Bedaun Mursidi Mokhtar, Pengerusi Jawatankua­sa Pelaksana Program Heidar Hussein Mohd Rashid dan seluruh ahli jawatankua­sa yang terlibat dalam menjayakan program ini.

“Ucapan terima kasih juga kepada Perbadanan Labuan, Jabatan Kesihatan Labuan, Jabatan Kebajikan Masyarakat, Jabatan Penerangan Malaysia, Rela dan pelbagai agensi mahupun orang perseorang­an yang sentiasa membantu di dalam penganjura­n aktiviti kemasyarak­atan,” tambahnya.

 ??  ?? BASHIR (tiga dari kiri) menyampaik­an hadiah bagi Pertanding­an Mewarna KanakKanak.
BASHIR (tiga dari kiri) menyampaik­an hadiah bagi Pertanding­an Mewarna KanakKanak.
 ??  ?? BASHIR (duduk, lima dari kanan) merakamkan gambar kenangan bersama wakil agensi kerajaan, Jawatankua­sa Pelaksana Program dan Komuniti Taman Mutiara.
BASHIR (duduk, lima dari kanan) merakamkan gambar kenangan bersama wakil agensi kerajaan, Jawatankua­sa Pelaksana Program dan Komuniti Taman Mutiara.
 ??  ?? BASHIR (tiga dari kanan) menyempurn­akan gimik pelancaran Program Cintai Taman Mutiara 2018.
BASHIR (tiga dari kanan) menyempurn­akan gimik pelancaran Program Cintai Taman Mutiara 2018.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia