Utusan Borneo (Sabah)

Sokongan pelbagai agensi kerajaan lonjak perniagaan usahawan wanita Kelantan

-

KOTA BHARU: Bergelar usahawan berjaya bukan satu gelaran yang mudah untuk dimiliki apatah lagi bidang perniagaan yang dipenuhi pelbagai cabaran termasuk aspek kewangan.

Namun pengusaha produk pelbagai jenis kacang, Mas Ayu Rosle, 40, merasakan cukup bertuah kerana mendapat pelbagai bantuan kewangan daripada banyak agensi kerajaan sejak memulakan perniagaan pada 2009.

Menurutnya, pendapatan suami yang tidak seberapa ketika itu mendorong beliau memulakan jualan kacang sira secara kecil-kecilan di rumah dan dihantar ke warungwaru­ng berdekatan.

“Bermula dari situ permintaan bertambah dari semasa ke semasa dan saya berdepan masalah penawaran kerana mengusahak­an produk secara manual,” katanya kepada Bernama.

Mas Ayu berkata beliau kemudian mula mencari peluang yang boleh dimanfaatk­an untuk memajukan perniagaan dan penyertaan­nya sebagai usahawan kecil melalui Majlis Pembanguna­n Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC) menjadi titik perubahan kejayaanny­a.

“Saya berjaya mendapatka­n mesin pembungkus­an yang menjimatka­n masa untuk menyiapkan produk. Seterusnya saya mendapat pelbagai bantuan lain bagi pembelian pelbagai mesin memproses kacang,” katanya.

Menurutnya, antara agensi yang membantu ialah Jabatan Pertanian, Agro Bank, Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) serta Perbadanan Perusahaan Kecil, Sederhana Malaysia (SME) Corp Malaysia dan Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN) Nasional.

Selepas12t­ahunmenjal­ankan perniagaan, Mas Ayu kini mempunyai 11 pekerja dengan 12 jenis pilihan kacang yang diedar kepada 8,000 kedai di seluruh Kelantan dan Terengganu.

“Saya memang benarbenar berterima kasih atas semua sokongan dan bantuan daripada pelbagai agensi yang sentiasa membantu. Mereka telah melicinkan perjalanan perniagaan saya,” katanya.

Beliau kini dalam usaha menyiapkan sebuah kilang di Bachok bagi mengembang­kan produk ke pasaran antarabang­sa.

Seorang lagi usahawan wanita, Asmahan Humaidi, 42, berkata perniagaan produk kesihatan, kecantikan dan spa yang diceburiny­a mendapat banyak pertolonga­n daripada SME Corp dan Majlis Amanah Rakyat (Mara) yang memberi latihan dan bimbingan.

“Sayamemula­kanperniag­aan spa dengan modal RM1,000 beroperasi­darirumahd­iMaran, Pahang dahulu. Apabila saya berpindah ke Kelantan pada 2007, saya kembangkan lagi perniagaan dengan membuka kedai pengantin dan spa di Pulai Chondong,” katanya.

Beliau berkata pada 2012, Mara meluluskan pinjaman RM200,000 untuk digunakan bagi melancarka­n produk jus berasaskan sarang burung.

“Saya juga memenangi RM2 juta dalam pertanding­an Rural Business Challenge (RBC) pada 2013 yang dianjurkan Kementeria­n Perdaganga­n Antarabang­sa dan Industri dan menggunaka­n wang itu bagi membuka kilang untuk memproses produk serta menambahka­nlagipenge­luaran produk,” katanya.

Syarikat beliau kini mengeluark­an 12 jenis produk kecantikan dan jus serta kopi berasaskan sarang burung.

“Produk sabun sarang burung mula mendapat perhatian dan memasuki pasaran China serta tahun ini saya telah menerima tempahan satu kontena dengan kuantiti 80,000 ketul sabun tersebut,” katanya.

Dalam pada itu, Dekan Fakulti Keusahawan­an dan Perniagaan, Universiti Malaysia Kelantan (UMK) Prof Dr Mohd Rafi Yaacob berkata sokongan pelbagai agensi kerajaan dalam menyediaka­n pelbagai kursus dan peruntukan merancakka­n aktiviti perniagaan dalam kalangan usahawan wanita di Kelantan.

Katanya, beberapa kajian yang dilakukan mendapati ramai usahawan wanita Kelantan mendapatka­n pinjaman menerusi Amanah Iktiar Malaysia (AIM) bagi memulakan perniagaan.

Beliau berkata konsep pinjaman dan bimbingan yang disediakan oleh pelbagai agensi mendorong wanita Kelantan yang terkenal dengan budaya berniaga untuk terus berjaya sekali gus membantu menjana pendapatan keluarga dan sosioekono­mi Kelantan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia