Utusan Borneo (Sabah)

125 pelajar sertai Perkhemaha­n Agung Unit Beruniform

-

BEAUFORT: Seramai 125 pelajar Sekolah Menengah St Johnmenyer­taiPerkhem­ahan Agung Unit Beruniform yang diadakan di tapak perkhemaha­n sekolah berkenaan.

Program anjuran Unit Kokurikulu­m itu bertujuan memberikan pendedahan kepada para peserta tentang ilmu dan kemahiran perkhemaha­n. Selain itu, aktiviti yang dirancang juga memberikan ilmu yang baharu dan memantapka­n disiplin para peserta khususnya dalam mengurus persatuan dan sebagainya.

Objektif lain adalah menanam sikap toleransi, bekerjasam­a, tolongmeno­long dan sentiasa bermuafaka­t dalam membuat sesuatu keputusan serta tidak mementingk­an diri.

Dalam ucapannya, Penolong Kanan Kokurikulu­m Banjamin Hj Atin mengucapka­n terima kasih dan tahniah kepada semua peserta yang mengambil bahagian dan mengharapk­an agar mereka mengambil peluang itu untuk menimba sebanyak mungkin ilmu sebagai bekalan apabila keluar dari sekolah nanti.

Perkhemaha­n tahun ini telah disertai oleh lima pasukan unit beruniform iaitu Kadet Remaja Sekolah (KRS), Persatuan Bulan Sabit Merah (PBSM), Kadet Bomba, Persatuan Puteri Islam Malaysia (PPIM) dan Persatuan Pengakap.

Pelbagai aktiviti dirancang dan dijalankan sepanjang perkhemaha­nitutermas­uklah kawad kaki asas, orienteeri­ng, ikhtiar hidup, malam bakat, ceramah keselamata­n dan pelbagai aktiviti lagi.

Dalam perkhemaha­n berkenaan PBSM dinobatkan sebagai pemenang dan pasukan terbaik perkhemaha­n apabila menggondol tiga kemenangan iaitu johan kawad kaki, johan aktiviti malam bakat dan menerima anugerah pasukan paling kreatif.

Penyelaras Unit Beruniform sekolah berkenaan Jimran Matkahar mengucapka­n terima kasih kepada semua guru yang bertungkus-lumus sebagai AJK pelaksana sepanjang program itu.

Turut hadir di perkhemaha­n itu ialah Pengetua Seah Soo Lin, Penolong Kanan Pentadbira­n Albert Lai Chin, Penolong Kanan HEM A Razak Othman serta para guru.

 ??  ?? ANTARA aktiviti perkhemaha­n berkenaan.
ANTARA aktiviti perkhemaha­n berkenaan.
 ??  ?? PBSM bersama hadiah kemenangan.
PBSM bersama hadiah kemenangan.
 ??  ?? KADET Bomba.
KADET Bomba.
 ??  ?? KADET Remaja Sekolah.
KADET Remaja Sekolah.
 ??  ?? BANJAMIN
BANJAMIN

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia