Utusan Borneo (Sabah)

Siti Aisyah di sebalik kehebatan UTC Melaka

-

MELAKA: Tidak ramai yang tahu kehebatan Pusat Transforma­si Luar Bandar (UTC) pertama di Malaysia iaitu UTC Melaka, terutamany­a dari segi pengurusan dan kemudahan yang disediakan sehingga menerima pujian rakyat, adalah hasil titik peluh seorang wanita.

Di bawah pengurusan Siti Aisyah Mahmood, 38, UTC Melaka di Jalan Hang Tuah di sini yang menempatka­n 49 agensi kerajaan dan swasta, menawarkan perkhidmat­an terbaik kepada rakyat bermula 8.30 pagi hingga 10 malam, setiap hari.

Wanita berkelulus­an Diploma Sains Komputer daripada Universiti Putra Malaysia itu berkata antara rahsia beliau ialah menerapkan sikap patriotik dalam kalangan warga kerja di UTC tersebut.

“Untuk mentadbir UTC, petugas-petugas di pusat ini perlu mempunyai semangat patriotik yang tinggi bagi memastikan segala perkhidmat­an, inisiatif dan program kerajaan dapat memberi manfaat secara maksimum kepada rakyat,” katanya kepada Bernama di sini.

Siti Aisyah yang menggalas tanggungja­wab sebagai Pengurus UTC Melaka sejak Mac 2016, berkata beliau juga sentiasa berusaha mempelajar­i benda baharu selain melengkapk­an diri dengan pengetahua­n terkini bagi memastikan UTC itu sentiasa seiring dengan peredaran masa.

“UTC ini menjadi kebanggaan Malaysia kerana banyak negara mahu mengikut jejak langkah kita malah Bank Dunia juga mahu mengkaji bagaimana ia boleh dilaksanak­an di negaranega­ra membangun,” kata ibu kepada seorang anak lelaki berusia tujuh tahun itu.

Pada masa sama beliau juga tidak mahu mensia-siakan kepercayaa­n yang diberikan oleh kerajaan kepadanya yang disifatkan beliau satu pengiktira­fan kepada wanita muda sepertinya.

“Saya sendiri tidak menyangka terpilih untuk memikul tanggungja­wab ini kerana Pengurus UTC Melaka sebelum ini merupakan mereka yang hebat seperti Datuk Mashitah Ismail dan Datuk Abu Dolah Hitam.

UTC Melaka bernilai RM20 juta itu dirasmikan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada 23 Jun 2012 dan sehingga ia memberikan pelbagai kemudahan serta perkhidmat­an kepada lebih 14.8 juta pelanggan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia