Utusan Borneo (Sabah)

11 warga SMK Labuan terima APC 2017

-

JABATAN Pendidikan Wilayah Persekutua­n Labuan telah mengadakan Majlis Anugerah Perkhidmat­an Cemerlang (APC) 2017.

Pengarah Jabatan Pendidikan Labuan Raisin Saidin menyampaik­an sijil APC kepada penerima yang terdiri daripada pegawai dan kakitangan jabatan serta warga guru.

Pada majlis itu, seramai 11 warga SMK Labuan menerima APC dalam majlis itu, iaitu 10 guru dan seorang Pegawai Kumpulan Pelaksana (PKP).

Penolong Kanan Petang Kitli Beka mengetuai senarai penerima APC 2017 diikuti tiga Pensyarah Pra U iaitu Nurul Nazihah Sia Abdullah, Azamwati Abd Rahim dan Azlina Awang.

Enam guru yang turut menerima APC ialah Faizal Abu Bakar, Rubaizah Basir, Mohd Rizam Lamat, Siti Aminah Ahmad Ramli, Rohati Lusim dan Maslina Ariffin manakala, Jainah Mohamad menerima APC bagi kuota PKP.

Pengetua SMK Labuan Ismail Abdullah telah menerima APC A2017 Kementeria­n Pendidikan Malaysia daripada Menteri Pendidikan pada 20 Mac 2018 di Pusat Konvensyen Antarabang­sa Putrajaya (PICC).

Ismail bersyukur kerana ramai warga SMK Labuan terpilih menerima APC berkenaan.

Katanya, anugerah itu diberi berdasarka­n prestasi cemerlang yang ditunjukka­n oleh penerima sepanjang 2017.

“Komitmen dan usaha gigih guru-guru serta PKP merupakan faktor utama mereka menerima anugerah itu,” katanya.

Beliau berharap agar prestasi cemerlang yang ditunjukka­n akan berterusan dan memberi impak yang besar kepada prestasi SMK Labuan dalam bidang akademik, kokurikulu­m dan sahsiah.

 ??  ?? ISMAIL (enam kanan) bersama penerima APC 2017 dari SMK Labuan.
ISMAIL (enam kanan) bersama penerima APC 2017 dari SMK Labuan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia