Utusan Borneo (Sabah)

Kepentinga­n literasi dan numerasi dalam konteks pendidikan

- * Penulis adalah Pensyarah Kanan dan pelajar pascasiswa­zah di Fakulti Psikologi dan Pendidikan, Universiti Malaysia Sabah MINDA PENDIDIK

LITERASI bermaksud kemahiran atau kebolehan yang berkaitan dengan kemampuan minimum untuk menulis, membaca dan mengeja serta menulis dalam sesuatu bahasa (The National Institute for Literacy, 2008) manakala numerasi menurut Kamus Oxford Edisi Kedua (2009) bermaksud kefahaman asas terhadap prinsip Matematik. Selain itu numerasi juga boleh ditakrifka­n sebagai literasi kuantitati­f yang merupakan keupayaan untuk memahami dan menggunaka­n nombor serta data analisis dalam kehidupan setiap hari.

Penguasaan literasi sangat penting dalam proses pembelajar­an agar murid-murid dapat berjaya dalam bidang pendidikan dan keberhasil­an dalam bidang pendidikan akan menurunkan kadar kemiskinan kerana melalui pendidikan manusia akan menimba pengetahua­n, kemahiran dan keyakinan untuk mereka merancang masa depan yang lebih baik lagi.

Unesco telah menjalanka­n kajian pada tahun 2008 tentang hubung kait antara kadar kemiskinan dan penguasaan terhadap literasi dan mendapati bahawa di Burkina Faso hanya 12.8 peratus sahaja menguasai literasi, Niger 14.4 peratus dan Mali 19.

Literasi dianggap sebagai pengetahua­n dan kemahiran asas yang harus ada bagi semua golongan masyarakat dalam merentasi arus kemodenan dunia yang mana kemahiran ini dapat diperoleh melalui pendidikan yang formal di sekolah kerana institusi pendidikan memainkan peranan yang penting dalam memastikan setiap murid menguasai kemahiran ini. Pendidikan formal di sekolah bermula dengan pengenalan kepada 26 abjad (A-Z) dan seterusnya murid diajar sebutan dan bunyi bagi setiap huruf yang mana sebutan dan bunyi bagi setiap huruf sangat penting dalam proses pembelajar­an membaca. Tanpa ‘phonemic awareness’ murid-murid tidak akan dapat memahami fungsi sebenar abjad ini dalam pembelajar­an mereka.

Kebolehan menguasai kemahiran membaca dan menulis dapat merakam rentetan sejarah dengan tepat dan terperinci, penyebaran ilmu dapat dilaksanak­an dengan meluas dan cepat antara generasi ke generasi yang seterusnya. Melalui kemahiran literasi, perkembang­an tamadun bangsa dapat dipelajari oleh generasige­nerasi masa kini. Tanpa kemahiran literasi, generasi pada masa kini pasti mempunyai kesukaran untuk mengakses maklumat mengenai tamadun bangsa pada zaman dahulu.

Sejak zaman kuno, matematik telah menjadi asas kepada kemajuan dalam bidang sains, kejurutera­an, dan falsafah. Ia telah berkembang dari kiraan mudah, pengukuran dan pengiraan, dan kajian sistematik terhadap bentuk dan pergerakan objek fizikal, melalui penggunaan abstrak, imaginasi dan logik. Hal ini menunjukka­n, penguasaan kemahiran numerasi amat penting dalam memastikan kemodenan tamadun bangsa. Tanpa ahli matematik pada zaman kuno, kalendar yang mencatatka­n tarikh-tarikh yang penting dalam kehidupan manusia dan tarikh penting dalam sejarah tidak mungkin dapat dicatat.

Di pertengaha­n abad ketujuh belas, seorang bangsawan Perancis yang berminat tentang matematik dan perjudian telah mencabar seorang ahli falsafah matematik yang terkenal, Blaise Pascal untuk menyelesai­kan teka-teki yang berusia dua ratus tahun tentang cara untuk membahagik­an pancang mengikut kebarangka­lian. Pascal kemudianny­a meminta bantuan dari seorang peguam yang juga merupakan ahli matematik, Pierre de Fermat dan teori kebarangka­lian muncul dari hasil perbincang­an antara kedua ahli matematik ini. Sejak wujudnya teori kebarangka­lian, nombor bukan sahaja menjadi alat pengukur untuk jarak dan masa tetapi menjadi satu cara untuk menguruska­n risiko dan ramalan pada masa hadapan. Melalui teori kebarangka­lian ini, ramalan cuaca dapat kita akses dengan mudah.

Pengarah Jawatankua­sa Penasihat Perniagaan dan Industri (BIAC), Phil O’Reilly menyatakan bahawa tahap literasi yang rendah menyukarka­n individu untuk menyediaka­n keperluan bagi keluarga mereka atau mencari dan menghasilk­an kerja-kerja yang memuaskan majikan Ini menunjukka­n kemahiran literasi dan numerasi memberikan impak yang besar kepada peluang pekerjaan atau pun kenaikan pangkat seseorang individu.

Oleh yang demikian, setiap kanak-kanak berhak mendapat pendidikan berkualiti yang melengkapk­an mereka dengan kemahiran literasi dan numerasi untuk kehidupan dan meneruskan pendidikan ke peringkat yang lebih tinggi kerana kanak-kanak yang mempunyai kemahiran literasi dan numerasi yang rendah lebih cenderung berhenti sekolah awal, menganggur atau bekerja dalam pekerjaan yang berkemahir­an rendah, mempunyai tahap kesihatan emosi dan fizikal yang rendah dan lebih cenderung hidup dalam kemiskinan dan melakukan jenayah. Selain itu, kanak-kanak yang mempunyai kemahiran literasi dan numerasi yang rendah akan mengalami kesulitan dalam bidang akademik yang lain.

Penguasaan kemahiran literasi dan numerasi memberikan impak yang sangat besar kepada banyak pihak bukan sahaja kepada individu tetapi kepada sekolah dan negara kerana tidak menguasai literasi selalu dikaitkan dengan ponteng sekolah, dibuang sekolah dan memberi kesan kepada pencapaian sekolah, kesan sosial seperti penyalahgu­naan alkohol atau dadah, peningkata­n risiko kesihatan dan peluang hidup yang rendah atau kurang pilihan pekerjaan serta memberi kesan terhadap kemakmuran ekonomi negara.

Unesco (2011) menyatakan bahawa orang yang celik huruf dan angka lebih mampu untuk mengakses peluang pendidikan yang berterusan; masyarakat yang celik huruf dan angka akan memenuhi permintaan pasaran yang bersaing, memastikan kemakmuran ekonomi dan kesejahter­aan masyarakat. Literasi dan numerasi adalah kunci untuk meningkatk­an keupayaan manusia dan mencapai banyak hak yang lain. Pendek kata, literasi dan numerasi membawa banyak manfaat bukan sahaja individu tetapi juga kepada keluarga, komuniti dan masyarakat

Melihat kepada kepentinga­n dan kesan penguasaan kemahiran literasi dan numerasi ini, Kementeria­n Pelajaran Malaysia mengambil inisiatif untuk meningkatk­an kemahiran literasi dan numerasi dengan melaksanak­an program LINUS bagi murid tahap satu kerana murid-murid inilah yang akan bakal menjadi peneraju negara di masa akan datang dan memastikan hasrat untuk menjadi negara maju pada tahun 2020 dapat dicapai.

Negara-negara maju seperti Jepun, United Kingdom dan France mempunyai 100 peratus kadar literasi manakala kadar literasi rakyat Malaysia yang berumur 15 tahun ke atas adalah 96.1 peratus bagi lelaki dan 92.1 peratus bagi wanita (Kementeria­n Pembanguna­n Wanita Keluarga dan Masyarakat, 2014). Peratus Kadar literasi negara kita masih jauh di belakang jika dibandingk­an dengan negara yang telah pesat membangun.

Program LINUS merupakan salah satu sub dalam NKRA pendidikan yang merupakan program pemulihan untuk memastikan murid menguasai kemahiran asas membaca, menulis dan mengira (3M) serta salah satu inisiatif untuk membasmi buta huruf dalam kalangan masyarakat Malaysia.

Matlamat utama pelaksanaa­n program LINUS adalah memastikan semua murid celik literasi dan numerasi selepas tiga tahun mendapat pendidikan di peringkat rendah kecuali murid yang berkeperlu­an khas. Ini bermaksud, semua murid sebelum melangkah ke Tahun 4, mereka tidak mempunyai masalah berkaitan membaca, menulis dan mengira. Namun, secara hakikatnya matlamat utama pelaksanaa­n program ini masih belum dicapai.

Berbalik kepada kepentinga­n literasi dan numerasi ini, kebanyakan rakyat Malaysia tergolong dalam berpendapa­tan rendah dan sederhana. Paling memilukan apabila segelintir masyarakat Malaysia tidak tahu mengeja nama sendiri apatah lagi menulis.

Kerajaan Malaysia mengharapk­an agar selepas pelaksanaa­n dasar-dasar baru dalam pendidikan seperti mewajibkan pendidikan rendah bagi semua kanak-kanak yang telah mencapai umur dan menyediaka­n sekolah-sekolh khas bagi kanak-kanak yang berkeperlu­an khas dapat membasmi masalah buta huruf dalam kalangan rakyat Malaysia di masa akan datang.

Oleh itu, semua pihak harus bekerjasam­a dalam memastikan semua rakyat Malaysia dapat menguasai kemahiran literasi dan numerasi pada peringkat awal agar kita mampu duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dengan negara-negara maju. Kesedaran tentang kepentinga­n penguasaan kemahiran literasi dan numerasi ini akan memampukan kita mewujudkan negara yang celik ilmu dan seterusnya mewujudkan persaingan dalam era globalisas­i ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia