Utusan Borneo (Sabah)

BN Sarawak mampu meraih kejayaan besar

-

KUCHING: Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg sekali lagi menyatakan keyakinan tinggi bahawa Barisan Nasional (BN) Sarawak mampu meraih kejayaan besar pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) ini.

Beliau memberitah­u, dengan kemenangan besar itu nanti akan memberi kekuatan kepada Sarawak untuk lebih lantang bersuara di Parlimen.

“Saya yakin Sarawak akan mendapat kejayaan dalam PRU14 ini dengan jumlah kerusi mungkin bertambah daripada yang kita menangi pada PRU lepas.

“Apabila bertambahn­ya bilang kerusi Parlimen yang dimenangi kita, suara kita akan lebih kuat dan lantang di Parlimen dalam kita memperjuan­gkan hak-hak kita di negeri ini,” tegasnya.

Beliau ketika berucap pada Majlis Tilawah Al-Quran Tertutup dan Pertanding­an Azan dan I q amah dipek a rangan Masjid Darulhana Patingan Kampung No.6 di sini Ahad malam.

Pada masa sama Abang Johari yang juga presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) memuji sikap bertolak ansur dan bersatu hati kepimpinan yang ada dalam kalangan ahli parti itu.

Jelasnya, peralihan kuasa daripada kepimpinan terdahulu kepada kepimpinan sekarang dalam PBB berjalan dengan baik dan teratur.

“Inilah menjadikan kekuatan kepada PBB yang menjadi parti penting BN di Sarawak yang harus kita kekalkan,” tegasnya.

Tambahnya, seperti pertukaran penyandang kerusi Parlimen daripada PBB di enam kawasan yang mana kesemuanya berundur dengan kerelaan hati bagi membuka ruang kepada pemimpin muda.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia