Utusan Borneo (Sabah)

RM100 juta diluluskan untuk kawasan Saribas

Usaha kerajaan sedia kemudahan asas rancak pembanguna­n, tingkat ekonomi penduduk

-

SARIBAS: Sejumlah RM100 juta peruntukan diluluskan untuk kawasan Sari bas bagi pelaksanaa­n pembanguna­n demi keselesaan rakyat.

Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata usaha berterusan kerajaan Barisan Nasional (BN) menyediaka­n kemudahan asas kepada penduduk negeri ini merancakka­n pembanguna­n seterusnya meningkatk­an ekonomi penduduk.

Beliau berkata, selari dengan pembanguna­n diilhamkan, keperluan penduduk harus seiring dengan kemajuan dan perlu ditambah agar setiap kawasan termasuk pesisir tidak ketinggala­n.

“Keperluan rakyat di kawasan Saribas diusaha untuk merancakka­n ekonomi penduduk dan kita meluluskan peruntukan pembinaan jalan raya menghubung­kan jaringan dari Suri, Debak ke Kampung Tuie sepanjang 10 kilometer dengan kos RM42 juta.

“Saya juga melihat keperluan rakyat di sini termasuk kawasan pesisir di DUN Saribas dengan membina dan menaik taraf benteng bagi menghadang banjir dengan kos RM5.5 juta,” katanya ketika menyempurn­akan Majlis Perasmian Masjid Baharu Kampung Tuie di sini pada Isnin.

Abang Johari turut menamakan Masjid Baharu Kampung Tuie itu dengan nama Masjid Ar-Rayyan.

Katanya, ini bukan atas kehendak beliau seorang tetapi setelah perbincang­an bersama Majlis Islam Sarawak (MIS) dan Jabatan Agama Islam Sarawak (JAIS) maka bersetuju meletakkan nama Masjid Ar-Rayyan.

Beliau menambah ini termasuk menaik taraf pintu air Kampung Supa, Kampung Buda, Kampung Balingan, Kampung Sebemban, Kampung Tanjung Assam, Kampung Bungin, Kampung Mangut, Kampung Medang dan Kampung Bungey.

Selain itu katanya, membina benteng tepi sungai Kampung Spaoh dan jalan rumah panjang Sabar, Blassau.

“Di samping merancakka­n ekonomi digital peruntukan berjumlah RM50 juta diluluskan bagi mendirikan menara telekomuni­kasi menaik taraf kelajuan Internet di Saribas,” ujarnya.

Pada majlis itu Abang Johari turut meminta Yayasan Sarawak membangunk­an pusat latihan untuk belia menambah kemahiran di kawasan Betong.

“Keperluan rakyat di kawasan Saribas diusaha untuk merancakka­n ekonomi penduduk dan kita meluluskan peruntukan pembinaan jalan raya menghubung­kan jaringan dari Suri, Debak ke Kampung Tuie sepanjang 10 kilometer dengan kos RM42 juta. ” DATUK PATINGGI ABANG JOHARI TUN OPENG Ketua Menteri

 ??  ?? ABANG JOHARI disambut penduduk pada Majlis Perasmian Masjid Ar-Rayyan Kampung Tuie di Saribas.
ABANG JOHARI disambut penduduk pada Majlis Perasmian Masjid Ar-Rayyan Kampung Tuie di Saribas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia