Utusan Borneo (Sabah)

Kedudukan Sarawak dalam Malaysia dipulihkan jika PH rampas Putrajaya

-

KUCHING: Kedudukan Sarawak dalam Malaysia akan dipulihkan jika Pakatan Harapan (PH) berjaya merampas Putrajaya dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) pada 9 Mei nanti.

Setiausaha Agung Parti Tindakan Demokratik (DAP) Lim Guan Engberkata ia untuk mengembali­kan kedudukan Sarawak sebagai sebuah wilayah yang terlibat dalam penubuhan Malaysia.

“Ini adalah tawaran baharu bagi Sarawak, kerana kita mahu Sarawak dapat dihormati lagi... tanpa Sarawak dan Sabah, tidak ada Malaysia,” katanya dalam ceramah PH di sini pada Ahad.

Bagaimanap­un, Ketua Menteri Pulau Pinang itu menegaskan PH amat memerlukan sumbangan daripada Sarawak untuk membolehka­nnya membentuk kerajaan.

“Kita boleh menang pada 9 Mei nanti, tetapi untuk mencapai ini kita amat memerlukan kekuatan dan bantuan daripada Sarawak,” katanya.

Selain itu, Guan Eng turut mendedahka­n akan mencadangk­an pelantikan pengerusi Parti Tindakan Demokratik (DAP) Sarawak Chong Chieng Jen dalam kabinet PH.

Namun demikian, beliau menegaskan rakyat di Parlimen Stampin harus memainkan peranan terlebih dahulu dengan memberi kemenangan kepada Chong di konstituen­si itu.

Chong akan berdepan dengan calon Barisan Nasional (BN) yang juga Presiden Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Datuk Dr Sim Kui Hian di Parlimen Stampin pada PRU14 ini.

“Kalau P H dapat merampas Putrajaya, sudah pasti kita memerlukan wakil dari Sarawak. Maka, jika Chong dipilih sebagai Ahli Parlimen Stampin, saya akan rekomen kepada Tun Mahathir untuk melantik beliau dalam kabinet,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia