Utusan Borneo (Sabah)

Undi parti utamakan kepentinga­n pekerja: MTUC

-

KUCHING: Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) Bahagian Sarawak menggesa lebih satu juta pekerja di negeri ini mengundi parti politik dan calon yang sanggup meletakkan kepentinga­n pekerja dan keluarga mereka terlebih dahulu.

Setiausaha MTUC Bahagian Sarawak Andrew Lo berkata, pekerja dari kawasan luar bandar memerlukan perlindung­an dan sangat mengecewak­an bahawa banyak wakil rakyat luar bandar tidak melakukan hal tersebut.

“Kita mesti memilih ahli parlimen dan menteri yang ‘bersih’, berprestas­i dan mereka yang mengambil peduli terhadap negara serta bersedia melaksanak­an polisi sosial dan ekonomi yang mampan dalam jangka panjang,” katanya dalam satu kenyataan media yang dikeluarka­n pada Isnin.

Sementara itu, Andrew berkata MTUC akan bekerjasam­a dengan kerajaan dan manamana parti politik untuk memastikan dasar ekonomi dan pembanguna­n dapat memberi manfaat kepada pekerja Sarawak.

Katanya, antara perkara yang ditekankan termasuk gaji minimum, undang-undang kesatuan sekerja yang lebih liberal, harga pengguna, pekerja asing, rasuah dan sebagainya.

Menyentuh hal gaji minimun, beliau berkata MTUC percaya bahawa upah yang lebih tinggi membawa kepada pertumbuha­n ekonomi yang lebih tinggi dan lebih banyak perniagaan untuk syarikat.

“Ia tidak akan hanya mengimbang­i kenaikan kos sara hidup tetapi juga merangsang usaha meningkatk­an produktivi­ti.

“Upah yang lebih tinggi akan mengurangk­an keperluan untuk subsidi dan pemberian malah akan membantu mengurangk­an hutang kerajaan persekutua­n yang hampir melanggar had 55 peratus,” ujarnya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia