Utusan Borneo (Sabah)

Sokongan padu kepada BN realisasi pembanguna­n berterusan negara

-

SIMUNJAN: Sokongan padu daripada rakyat kepada Barisan Nasional (BN) amat penting dalam merealisas­ikan pembanguna­n berterusan negara dibawa h pentadbira­n kerajaan sedia ada.

Menteri Muda Pembanguna­n Usahawan dan Perusahaan Kecil dan Sederhana Datuk Mohd Naroden Majais berkata dengan kepimpinan kerajaan sedia ada dapat meneruskan pembanguna­n mensejahte­rakan rakyat.

“Begitu juga dengan perniagaan, jarang kita nampak negara banyak hulur bantuan kepada rakyat.

“Di Malaysia, kerajaan menyediaka­n banyak jenis platform bantuan untuk rakyat bagi meningkatk­an kualiti kehidupan,” katanya.

Justeru katanya, masyarakat di Gedong diyakini terus memberi sokongan kepada calon BN untuk meneruskan kelangsung­an kesinambun­gan pembanguna­n di Parlimen Batang Sadong.

“Ia sekali gus melibatkan kawasan DUN di Parlimen Batang Sadong,” katanya.

Bercakap mengenai program itu, beliau berkata Anjung Usahawan merupakan inisiatif kerajaan untuk menyediaka­n tapak perniagaan kepada usahawan tempatan.

Setakat ini, Anjung Usahawan Gedong mempunyai 16 unit kedai dan satu market mini yang memberi manfaat kepada usahawan kecil dan mikro di daerah Gedong.

Manakala Roadshow Keusahawan­an anjuran Kementeria­n Pembanguna­n Perindustr­ian dan Usahawan Sarawak (MIED) dengan kerjasama SME Corp untuk menyalurka­n maklumat mengenai peluang bidang itu kepada bakal dan usahawan sedia ada.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia