Utusan Borneo (Sabah)

Samariang pusat penyelidik­an benih, makanan tilapia

-

KUCHING: Menteri Kerja Raya Datuk Seri Fadillah Yusof akan mengusulka­n kepada kerajaan negeri untuk menjadikan kawasan Samariang sebagai pusat penyelidik­an penghasila­n benih dan makanan ikan tilapia.

Fadillah berkata, selain itu beliau turut mencadangk­an supaya satu kerjasama strategik dijalankan dengan pakar daripada Universiti Sains Malaysia (USM) untuk tujuan penghasila­n benih ikan secara moden di pusat berkenaan,

“Dengan adanya pusat seperti ini, sudah pasti akan membuka peluang kepada rakyat tempatan menceburi bidang penternaka­n ikan tilapia di dalam sangkar.

“Justeru kerjasama antara pihak universiti, kerajaan dan swasta amat diperlukan agar bidang penternaka­n ini dapat diperluask­an ke peringkat komuniti dan masyarakat,” katanya yang juga calon Barisan Nasional (BN) Petra Jaya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Penyerahan Peralatan ‘In Kind Contributi­on’ (IKC) Peserta Ternak Ikan Tilapia Sangkar dan Pelepasan Benih Ikan di Sungai Sarawak, Kampung Paroh di sini, pada Isnin.

Fadillah menambah, ikan tilapia dilihat amat berpotensi dipasarkan ke luar negara sekali gus dapat membantu meningkatk­an sosioekono­mi masyarakat.

“Bagi menjamin pendapatan yang lebih stabil, saya sarankan para penternak supaya menubuhkan koperasi yang akan membolehka­n mereka bergerak dalam skala besar,” katanya.

Sementara itu, Timbalan Pengarah Bahagian Perikanan Darat Jabatan Pertanian Sarawak Awang Alim Awang Kassim berkata, penternaka­n ikan tilapia sememangny­a mempunyai potensi yang amat luas di negeri ini apatah lagi ia dapat menarik minat pelabur asing.

“Maka itu, kita perlu merebut peluang ini bagi memenuhi permintaan pelabur asing yang mahu kita membekalka­n lebih banyak ikan tilapia untuk dieksport pada masa depan,” katanya.

“Ini adalah hasrat kita untuk pastikan penduduk Sarawak mendapat peluang dalam industri perikanan lebihlebih lagi kita mempunyai pelbagai kemudahan dan bantuan dari segi teknikal dan lain-lain,” katanya.

Menurut Awang Alim, Sarawak setakat ini hanya dapat mengeluark­an sebanyak 700 tan metrik ikan tilapia setahun.

Pada majlis itu, Fadillah telah melepaskan sebanyak 2,000 benih ikan tilapia ke dalam sangkar ikan di Kampung Paroh.

 ??  ?? FADILLAH melepaskan benih ikan tilapia di Sungai Sarawak, Kampung Paroh di Kuching.
FADILLAH melepaskan benih ikan tilapia di Sungai Sarawak, Kampung Paroh di Kuching.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia