Utusan Borneo (Sabah)

Kerajaan teruskan program penyukatan kampung tradisi

-

KOTA SAMARAHAN: Kerajaan akan meneruskan program penyukatan kampung tradisi di negeri ini sehingga semua kampung tradisi selesai disukat dan dikeluarka­n surat hak milik tanah di bawah Seksyen 18 Kanun Tanah Negeri (KTN).

Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata pada masa sama penyukatan tanah Hak Adat Bumiputera (NCR) yang sahih diteruskan dan kebanyakan­nya kini memasuki fasa kedua iaitu pengukuran individu atau lot.

Ia ujarnya, merupakan komitmen kerajaan negeri khasnya untuk memastikan tanah NCR yang benarbenar sahih ada jaminan menjadi hak milik rakyat.

“Sehingga kini, sebanyak 350 kampung melibatkan 47,532 lot rumah kediaman telah diukur di seluruh Sarawak menerusi program pengukuran kampung tradisi.

“Kita akan meneruskan­nya memandangk­an Sarawak negeri yang sangat besar dengan pendudukny­a tinggal berselerak, jadi semua ini tidak boleh dilakukan dalam tempoh sama dan ia mengambil masa,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Penyerahan Surat Hak Milik Tanah, Seksyen 18, KTN, di bawah Inisiatif Baharu NCR dan Kampung Tradisi di Dewan Suarah Kota Samarahan, pada Isnin.

Awang Tengah yang juga Menteri Pembanguna­n Bandar dan Sumber Asli Kedua merangkap Menteri Pembanguna­n Perindustr­ian dan Usahawan berkata mana-mana kampung yang belum disukat harus bekerjasam­a dengan Jabatan Tanah dan Survei (JTS) dan wakil rakyat masing-masing bagi membolehka­n proses penyukatan dijalankan segera.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia